Siakap Keli

Viu Persembahkan: ‘2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]’ Di Kuala Lumpur, Tampilkan Bintang Sensasi Korea CHA EUN-WOO

Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah ‘fan concert’

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2024 – Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW bakal memikat penonton Malaysia dengan jelajah ‘fan concert’ yang menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal Korea, CHA EUN-WOO.

Bertemakan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] dan merupakan sebahagian daripada siri Viu Scream Date, acara ini dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Malawati Shah Alam.

Just One 10 Minute merupakan konsep unik CHA EUN-WOO yang bermaksud ‘Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang CHA EUN-WOO untuk membuat anda jatuh cinta dalam masa 10 minit’.

Konsep ini mula diperkenalkan dalam perjumpaan bersama peminat sebelum ini dan mendapat maklum balas yang sangat baik berikutan persembahan beliau yang mantap dan berkualiti tinggi. Acara yang sangat dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan CHA EUN-WOO mendekati peminat beliau di Kuala Lumpur.

CHA EUN-WOO mempunyai portfolio yang mengagumkan, dengan kumpulan peminat yang sangat ramai di luar Korea Selatan, terutamanya di negara-negara Asia.

Antara lakonan terbaiknya termasuklah dalam beberapa tajuk drama Korea yang diminati ramai di Viu seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty.

Projek terbarunya, A Good Day To Be A Dog, membawa kejayaan yang membanggakan dan kini beliau semakin popular terutamanya di kalangan peminat drama Korea.

Nikmati sendiri jelajah ‘fan concert’ CHA EUN-WOO di Malaysia dengan tiga pilihan tiket: VVIP (RM858), VIP (RM558), dan CAT1 (RM358), di mana semua pemegang tiket akan menerima kad foto yang telah ditandatangani CHA EUN-WOO.

Untuk makluman, Jualan Kilat 2.2 akan diadakan di mana peminat boleh mendapatkan diskaun sebanyak 22 peratus melalui pembelian di Ticket2u.com, bermula daripada 11am sehingga 11pm.

Pemegang tiket VVIP layak mendapat pas eksklusif untuk sesi ‘Hi-Bye’ dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah yang akan menerima kad foto tulisan tangan oleh CHA EUN-WOO sendiri. Malah, 100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP & CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani oleh CHA EUN-WOO.

Selain itu, peminat dari semua kategori berpeluang untuk memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif yang ditandatangani. Sila rujuk ke laman media sosial Viu Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tak sabar menunggu tibanya Februari untuk bertemu CHA EUN-WOO? Tonton A Good Day To Be A Dog di Viu hari ini!

Layari pautan ini untuk melihat atau memuat turun imej-imej yang tersedia. Sila kreditkan semua kandungan dan maklumat kepada “Viu”. Hashtag rasmi untuk acara ini adalah ##ViuScreamDates #CHAEUNWOOwithViu dan #CHAEUNWOOinKL

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau lawati www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan TikTok.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.