Siakap Keli
KDN fokus enam inisiatif
Kredit BERNAMA

KDN Fokus Enam Inisiatif Utama Pada 2024

KDN Fokus Enam Inisiatif Utama Pada Tahun 2024

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini berkongsi hala tuju kementerian tersebut pada 2024 yang menfokuskan kepada enam inisiatif.

Pelan perancangan itu telah dikongsikan oleh KDN menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi kementerian berkenaa.

Menurut perkongsian itu, pelan itu dirancang agar sejajar dengan agenda nasional negara bagi memenuhi ekpektasi rakyat pada tahun 2024.

Difahamkan, enam fokus inisiatif itu meliputi perancangan yang berkaitan dengan isu-isu strategik, cabaran keselamatan, pelan tindakan, indikator dan sasaran yang bakal dicapai untuk tahun 2024 ini.

Enam fokus utama telah dipilih

Enam fokus yang bakal dilaksanakan tersebut adalah berkaitan Pemantapan Pengurusan Warga Asing serta Pengukuhan Kawalan Sempadan.

Selain itu ia juga melibatkan Cadangan Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kewarganegaraan.

Tiga lagi pelan yang bakal dilaksanakan termasuk Pembanterasan Ekstremisme & Terorisme, Pembanterasan Jenayah Online dan Seksual serta mengurangkan kesesakan penjara.

Kesemua pelan ini dilihat sebagai inisiatif kerajaan dalam membanteras dan mengatasi permasalahan yang melibatkan isu keselamatan negara terutamanya.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/posts/pfbid02uUDgJw8uzvMN5h8Hzfz1Gz2wkqnLkMj53qP3zkh1Xktu8GSDeiJkFxNCSgrbix7Rl

Sumber: Facebook/ Kementerian Dalam Negeri

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.