Siakap Keli
Helmet Arai & Shoei
Kredit Facebook/RXZ Member-Official

Pemilik Berputih Mata, 19 Helmet Jenis Arai & Shoei Hilang

Pemilik Berputih Mata, 19 Helmet Jenis Arai & Shoei Hilang

Polis sedang giat mengesan penjenayah yang dilaporkan telah mencuri 19 topi keledar jenama Arai dan Shoei yang dianggarkan bernilai kira-kira RM63,200.

Memetik Sinar Harian, kejadian kecurian itu dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di Taman Bukit Kuchai pada 29 Januari lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata laporan berhubung kejadian itu telah dilakukan oleh pemilik topi keledar itu yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Ketika kejadian, lelaki itu mendakwa bahawa dia telah keluar rumah pada jam 2 petang dalam keadaan pintu bilik yang berkunci.

Bagaimanapun, kira-kira jam 4.45 petang mangsa kemudiannya pulang semula ke bilik sewanya dan mendapati pintu serta tingkap biliknya telah terbuka.

Difahamkan, kejadian pecah masuk itu telah menyebabkan 19 topi keledar milik mangsa yang diletakkan di dalam almari kaca dan kayu telah hilang.

“Suspek disyaki masuk ke bilik mangsa melalui pintu pagar hadapan rumah yang tidak berkunci.

“Kemudian suspek dipercayai masuk melalui tingkap belakang bilik mangsa yang terletak di tingkat atas,” kata beliau memetik laporan Sinar Harian.

Menurut A A Anbalangan, kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat dan bilik mangsa berada di tingkat atas kediaman tersebut.

Mangsa merupakan peniaga topi keledar di atas talian

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah menjalankan perniagaan menjual topi keledar jenama Arai dan Shoei itu sejak tahun 2011 yang lalu.

Mangsa difahamkan telah menjalankan perniagaan beliau di laman Facebook dan TikTok.

“Polis telah mengesan beberapa cap jari di lokasi kejadian dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti suspek terlibat untuk tindakan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Kejadian kecurian itu turut dikongsikan di laman Facebook RXZ Member-Official.

Perkongsian itu telah memaparkan senarai jenis topi keledar yang hilang.

Malah perkongsian itu telah memohon jasa baik semua pihak untuk sebarkan berita tersebut agar kesemua helmet itu dapat dipulangkan semula

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.