Siakap Keli
yana luah rasa kecewa
Gambar: Bernama

Yana Luah Rasa Kecewa Najib Tak Dapat Pengampunan Penuh

Yana Luah Rasa Kecewa Najib Tak Dapat Pengampunan Penuh

Anak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan kekecewaan kerana bapanya tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

Menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana berkata keluarganya kekal dengan pendirian dan yakin bahawa Najib tidak bersalah.

“Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada enam tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat.

“Kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta,” katanya.

BACA: Isu Pengampunan Najib Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet – Fahmi 

Tegasnya lagi, bapanya wajar dilepaskan dan dibebaskan.

“Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lepas bahawa ketidakadilan yang besar telah berlaku ke atas Datuk Seri Najib dan keputusan yang betul ialah beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah memaklumkan bahawa Najib akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Bekas Perdana Menteri itu juga diberikan pengurangan denda iaitu daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, dengan tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

BACA: Najib Dibebaskan Ogos 2028, Denda Dikurangkan Kepada RM50 Juta

Najib sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Beliau menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.

Hukuman itu dikenakan selepas beliau didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong telah difailkan oleh Najib pada 2 September 2022.

Sumber: Instagram Yananajib

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.