Siakap Keli
tahanan depoh sementara imigresen bidor
Kredit: Bernama

10 Tahanan Lolos Dari Depoh Sementara Imigresen Bidor Ditahan, 120 Lagi Diburu Pihak Berkuasa

10 Tahanan Lolos dari Depoh Sementara Imigresen Bidor Ditahan, 120 Lagi Diburu Pihak Berkuasa

10 orang tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilaporkan lolos daripada Depoh Sementara Imigresen Bidor ditahan pihak berkuasa.

Penahanan 10 orang ini telah mengurangkan jumlah tahananan yang menjadi buruan pihak berkuasa kepada 120 orang.

Dalam pada itu, fokus pencarian tahanan lolos kini telah diperkembangkan ke kawasan penempatan haram, masjid dan surau sekitar Tapah.

Bagi mengesan tahanan yang berbaki 120 orang lagi, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menambah 100 lagi anggota pada keesokkan hari.

Sebelum ini, enam daripada 130 pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak yang melarikan diri malam tadi berjaya diberkas.

Empat tahanan telah ditahan oleh pihak berkuasa dan menjalani proses pengesahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, semalam.

Manakala, penahanan dua lagi tahanan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi.

Seramai 131 pendatang tanpa izin melarikan diri dari blok lelaki depot itu dan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada pagi semalam.

Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Depoh Sementara Imigresen bidor ditutup buat sementara waktu

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslin bin Jusoh memaklumkan bahawa Depoh Sementara Imigresen Bidor telah dikosongkan. Tiada tahanan yang dilaporkan berada di kawasan depoh tersebut pada masa ini.

Beliau juga berkata pengoperasian Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor kini ditutup sementara bagi membolehkan operasi mengesan saki-baki tahanan yang melarikan diri dilaksanakan sepenuhnya.

Selepas insiden itu berlaku, masih terdapat 435 pendatang tanpa izin yang berada di depoh tahanan berkenaan.

Kemudian, JIM telah memindahkan mereka ke enam depot tahanan di selutuh Semenanjung Malaysia. Antaranya Machap di Melaka, Lenggeng di Negeri Sembilan, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Kemayan di Pahang dan Langkap di Perak.

Untuk makluman, depoh di Bidor menempatkan 556 tahanan dan daripada jumlah itu, separuh daripadanya merupakanetnik Rohingya.

Berdasarkan laporan bernama, seramai 297 tahanan ialah etnik Rohingya dilaporkan ditahan dan ditempatkan di depoh tersebut.

BACA: Norreen Sebak, Kongsi Kisah Hujan Lebat & Doa Makbul Di Bulan Rejab

Sumber: Bernama via X

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.