Takut Jumpa Vet, Oyen Buat Hal Menyorok Bawah Meter Kereta
Kucing berwarna oren atau ‘oyen’ cukup dikenali dengan telatah yang boleh membuatkan si pemilik pening kepala.
Tidak seperti kebanyakan kucing yang lain, Oyen sering dikaitkan dengan kelakuan yang aktif dan suka buat masalah.
Walaupun kadang-kala boleh buat pemilik naik darah sekejap, Oyen tetap menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai kucing peliharaan.
Situasi serupa turut dialami oleh pemilik Oyen ini apabila kucingnya bikin masalah ketika mahu dibawa ke klinik haiwan.
Kisah berkenaan dikongsikan oleh tuannya melalui akaun TikTok @ashashikin0 baru-baru ini.
Menurut @ashashikin0, ketika itu Oyen dibawa ke klinik haiwan berkenaan untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Bagaimanapun, disebabkan terlalu takut, Oyen bertindak menyorok di belakang panel meter kereta pemiliknya.
“Sebenarnya nak bawa dia pergi vaksin je. Tapi dia punya takut sampai menyorok dengan dalam meter kereta tu,” kata @ashashikin0.
Ekoran itu, dia menggunakan pelbagai cara untuk memujuk Si Oyen agar keluar daripada bahagian berkenaan, namun tidak berjaya.
Akhirnya, dia terpaksa meminta bantuan pekerja daripada bengkel berhampiran untuk membuka bahagian meter keretanya.
Terpaksa minta bantuan doktor pula
Namun begitu, usaha itu ternyata masih tidak mencukupi dan Si Oyen masih berkeras untuk menyorok di bahagian meter berkenaan.
Pemilik kucing itu kemudian meminta tolong daripada doktor veterinar yang berada di klinik haiwan tersebut.
“Terpaksalah minta tolong Doktor Vet untuk keluarkan budak ni. Terima kasih semua yang membantu,” kata @ashashikin0 lagi.
Di akhir video itu, Si Oyen akhirnya berjaya di bawa keluar dan menerima suntikan vaksin.
Sesudah sampai di rumah, Oyen dilihat terbaring tenang seperti tiada apa-apa berlaku pada sebelumnya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna dilihat terhibur dengan telatah Si Oyen tersebut.
“Hahahaha macam-macam akan oyen ni,” tulis seorang pengguna yang terhibur.
“Lepas ni jangan cakap nak pergi vet. Cakap jalan-jalan,” tulis seorang pengguna lagi.
“Hahahaha tak berkesan la dik mogok dalam tu, siap doktor turun nak inject,” tambah seorang lagi pengguna yang turut terhibur.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
@ashashikin0 Bila kucing kau warna oren Nama dia Mochi tapi dia punya akal 🤦 boleh buat bibik panas hati lah #CapCut #oyennakal #sikucingoyen #kucingtakut
Sumber: TikTok/@ashashikin0