Siakap Keli
doktor malar jumlah air
Gambar via Dr Malar

Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan

Kebanyakan orang kalau bercakap mengenai cara mereka menjaga kesihatan badan, rata-rata akan menjawab mereka bersenam dan menjaga pemakanan.

Namun, antara cara mudah untuk mengekalkan kesihatan badan adalah melalui pengambilan air anda. Kebiasaannya, anda pasti akan mendengar nasihat bahawa anda perlu minum dua atau tiga liter air sehari.

Tetapi, seorang doktor yang cukup terkenal di media sosial iaitu Doktor Malar telah pun berkongsi jumlah sebenar air yang perlu diminum oleh seseorang itu untuk setiap hari.

Selain itu, Doktor Malar turut berkongsi mengenai pengambilan mineral yang diperlukan yang amat penting untuk tubuh badan kita semua.

Jumlah Air Yang Perlu Diminum

Menurut Doktor Malar, jumlah air seseorang itu perlu minum adalah berdasarkan formula pengiraan berat badan dalam kilogram (kg) dan didarabkan dengan 0.03.

Jumlah yang anda dapat melaluinya akan menunjukkan jumlah air dalam liter yang anda perlu ambil untuk setiap hari.

Contohnya, 49kg x 0.03 akan mendapat jumlah 1.47. Jumlah itulah yang diminum oleh seseorang yang mempunyai berat 49kg.

Disebabkan pengiraan tersebut, anda tidak perlulah untuk minum air sebanyak dua hingga tiga liter atau lapan gelas sehari. Cukuplah minum mengikut keperluan badan anda saja.

Pengambilan Mineral

“Apa yang tubuh anda perlukan adalah mineral-mineral untuk organ serta otot dalam tubuh badan kita,” katanya.

Menurutnya, orang ramai sering terlepas pandang tentang keperluan mineral zat besi dan zink.

Jelasnya, jika anda kekurangan kedua-dua mineral tersebut, anda berkemungkinan akan mengalami anemia, keguguran rambut, kuku rapuh dan juga kulit yang kusam.

“Saya tak sarankan kamu ambil supplement zink atau zat besi. Melainkan doktor yang prescribe,” ujarnya.

Sebaliknya, beliau menyarankan orang ramai untuk mendapatkan mineral tersebut secara semula jadi melalui makanan seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Seterusnya, mineral lain yang diperlukan badan anda adalah magnesium dan menurutnya, seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 hingga 400 miligram magnesium setiap hari.

Sekali lagi doktor itu tidak menyarankan orang ramai untuk mengambil supplement. Beliau telah menyenaraikan beberapa makanan yang boleh diambil untuk mendapatkan mineral itu.

Antara makanan tersebut adalah dark chocolatepeanut butter dan juga kacang badam.

“Kalau tak cukup magnesium, selalu orang rasa sakit-sakit urat, tarik-tarik dekat betis, selalu susah nak tidur malam dan peroid yang terlalu sakit,” katanya.

Kemudian, beliau juga turut mengatakan bahawa orang ramai juga memerlukan silika yang merupakan mineral penting untuk pembinaan kolagen.

Doktor Malar berkata kolagen dianggap sebagai tulang rangka dan silika adalah sebuah komponen yang menguatkan rangka kolagen dan juga memberi keanjalan.

Silika adalah penting untuk kesihatan tulang, sendi, kulit, rambut dan juga kuku yang kukuh. Orang ramai memerlukan kira-kira 10 hingga 25 miligram silika untuk sehari.

Menurutnya lagi, silika boleh didapati di dalam air mineral, pisang, beras perang dan juga kacang hijau.

Jadi, untuk memastikan tubuh badan anda sihat, anda perlulah minum air secukupnya dan juga memastikan anda mengambil mineral-mineral berkenaan setiap hari.

@drmalarss

Sebenarnya, jumlah air yang anda perlukan setiap hari BUKAN 2L bukan 3L BUKAN 8 GELAS !! So sebenarnya berapa jumlahnya? #celotehdrmalar #fypシ #fyp

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Sumber: Dr Malar

BACA JUGA: Video & Pesanan Suara Boleh Dibuat Secara ‘View Once’ Di Telegram

Nurul Alya