Siakap Keli
padin musa Vans
Kredit Facebook/Vans

Padin Musa, Vans Bakal Kolaborasi & Lancar Sneakers Baru Lagi?

Padin Musa, Vans Bakal Kolaborasi & Lancar Sneakers Baru Lagi?

Sneakers dengan citarasa tempatan dilapor bakar menghiasi koleksi terbaru kasut jenama popular, Vans tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Vans menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasmi pengeluar kasut jenama antarabangsa tersebut, hari ini.

Menurut hantaran itu, kasut berkenaan dihasilkan menerusi kolaborasi dengan skater legenda tanah air, Padin Musa.

Koleksi yang dinamakan sebagai “The Endless Ride” itu dijangka bakal menjadi kegilaan pengumpul sneakers jika dilancarkan kelak.

“Padin Musa menunjukkan cintanya terhadap kampung halamannya, Pulau Pinang dalam koleksi “The Endless Ride”. Akan datang,” tulis perkongsian Vans tersebut.

Walau bagaimanapun, bila tarikh koleksi itu akan mula dijual masih tidak diketahui sehingga artikel ini ditulis.

Maklumat berkenaan harga dan sebagainya juga tidak didedahkan.

Vans kolab dengan Padin Musa, keluarkan sneakers baru

https://www.facebook.com/VANS.malaysia/posts/pfbid02gbszqK7iZQyHbRidn8HBEtTQWjWsBYcoADdbTcTuCe3qyFmXsFf31iLiU27tHdqWl

Permulaan Vans

Untuk maklumat, Vans adalah sebuah syarikat asal California dan diasaskan sejak 1966 lagi.

Kilang dan kedai pertama Vans telah dibuka pada tahun yang sama di 704 East Broadway di Anaheim, California.

Menurut Crossover, sehingga kini, syarikat kasut itu telah bekerjsama dengan pelbagai jenama lain seperti WTAPS dan Blends.

Pada 2017, Vans dilapor mencatatkan keuntungan besar mencecah USD2.3 bilion (RM10.6 bilion).

Vans sering menjadi pilihan penggemar kasut kerana memiliki empat ciri istimewa yang jarang ditemui pada jenama-jenama kasut lain.

Koleksi keluaran terbaru Vans
Kredit Vans

Empat ciri yang disenaraikan oleh Crossover adalah seperti gaya klasik, senang digayakan, pelbagai rekaan dan warna serta kualiti yang baik.

Model popular Vans seperti Old Skool, Sk8-Hi, Authentic dan Era yang menampilkan rekaan yang ringkas sehingga kini masih menjadi pilihan ramai.

Selain itu, kasut Vans juga senang untuk digayakan oleh semua orang tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang si pemakai.

Koleksi keluaran terbaru Vans
Kredit Vans

Sejak diasaskan, Vans juga telah mengeluarkan pelbagai koleksi rekaan dan warna yang menarik buat pelanggan setia mereka.

Kasut-kasut yang dihasilkan Vans juga dikenali sebagai kasut yang tahan lasak dan boleh dipakai pada bila-bila masa.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Vans, Crossover

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.