Siakap Keli
dua individu buat kacau
Kredit Tangkap Layar Video Tular

Polis Tahan Dua Individu, Didakwa ‘Buat Kacau’ Atas Jambatan Pulau Pinang

Polis Tahan Dua Individu, Didakwa ‘Buat Kacau’ Atas Jambatan Pulau Pinang

Polis menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang didakwa menunggang motosikal secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata kedua-dua suspek telah ditahan di Georgetown, hari ini.

Tambahnya, polis menahan suspek berusia 30-an dan 50-an itu selepas mengesan sebuah video tular di laman sosial Facebook.

“Di dalam video itu, ia memaparkan dua individu iaitu lelaki dan wanita sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan berbahaya apabila pembonceng motosikal (wanita) bertindak membaling satu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal dinaiki mereka.

“Kejadian disyaki berlaku di Jambatan Pulau Pinang dari arah George Town ke Perai dalam daerah SPT,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Helmi lagi, semakan rekod jenayah ke atas kedua-dua suspek didapati memiliki tigas kes berkaitan jenayah pada 2021 dan 2023.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita masih menyiasat hubungan kedua-dua suspek selain menyiasat sama ada mereka mempunyai masalah mental.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok untuk permohonan reman,” katanya.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Jika ada, maklumat boleh disalurkan di Ibupejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Sebelum ini, video tular yang memaparkan dua individu yang dipercayai suspek sama telah bertindak menghayun pisau kepada penunggang motosikal lain.

Perbuatan itu dilakukan semasa penunggang motosikal yang lain cuba memotong mereka ketika di atas Jambatan Pulau Pinang.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.