Boleh Beli Insurans, Ini Dua Perlindungan Yang Ditawarkan KWSP
Seperti yang diketahui, Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia.
Ia telah ditubuhkan pada 1951 dan tertakluk di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
KWSP berperanan membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka sesuai dengan visi dan misi iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik dan melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik.
Umum mengetahui, KWSP menyediakan akaun simpanan kepada pekerja, Akuan 1 dan Akaun 2 iaitu dengan penolakan daripada gaji bulanan pekerja.
Terbaru, KWSP mengumumkan ahlinya dibenarkan untuk menggunakan dana dalam Akaun 2 untuk tujuan membeli produk insurans hayat dan kritikal serta takaful bagi ahli keluarga terdekat.
Inisiatif yang terletak di bawah i-Lindung Fasa 2 ini membolehkan mana-mana ahli yang mahu membeli insurans dan menyertai produk takaful untuk diri mereka sendiri atau ahli keluarga terdekat daripada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.
Proses ini boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung dalam aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun (ahli).
Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara pengeluaran bagi akaun 2 KWSP ini?. Ikuti penerangan di bawah.
Apa itu i-Lindung?

BACA: Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga
i-Lindung merupakan platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Permohonan membeli produk insurans atau takaful untuk ahli keluarga boleh dibuat melalui aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja.
Siapa Yang Layak Memohon?
Kelayakan yang diperlukan oleh ahli untuk permohonan keluar mestilah warganegara Malaysia, mempunyai baki simpanan dalam akaun KWSP (Akaun 2 atau Akaun 55 dan Akaun Emas.
Selain itu, ahli mestilah pengguna i-Akaun (ahli) dan menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja dibenarkan untuk pembelian.
Siapa Yang Layak Terima Perlindungan?
Bagi pencarum Akaun 2, mereka ditawarkan tiga jenis perlindungan iaitu Ahli KWSP (diri sendiri sebagai irang dilindungi utama), pasangan (tanggungan) dan anak-anak (tanggungan) ia termasuk anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf.
Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan
Antara jenis perlindungan yang ditawarkan termasuklah Perlindungan Hayat dan Perlindungan Penyakit Kritikal.
Cara Permohonan
Ahli boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun di tiga platform iaitu App Store, Google Play dan AppGallery.
Ciri-Ciri Utama i-Lindung

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diterima oleh pengguna Akaun 2 dalam i-Lindung ini.
Antaranya pemohon dapat menikmati proses yang lancar dalam mendapatkan produk perlindungan tanpa perlu pemeriksaan kesihatan, mendapatkan sebut harga produk yang ditawarkan secara dalam talian, kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.
BACA: Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya
Selain itu, ia juga dapat memaparkan maklumat berkaitan polisi atau sijil yang dibeli secara keseluruhan dan kelebihan dalam mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua.
Mudah je kan? Semoga bermanfaat.
Sumber: Akaun 2, KWSP, i-Lindung
BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah