Siakap Keli
tip cat dinding
Kredit TikTok/@profcathanif

Bulu Halus “Roller” Kena Buang, Cara Cat Dinding Nampak Halus & Cantik

Bulu Halus “Roller” Kena Buang, Cara Cat Dinding Nampak Halus & Cantik

‘Rumahku syurgaku’ adalah satu ayat yang ringkas tetapi membawa maksud yang mendalam kepada mana-mana pemilik rumah.

Tidak kira rumah sendiri atau rumah sewa, kediaman yang didiami menjadi tempat berlindung daripada panas terik mentari dan juga ribut badai.

Justeru, memastikan rumah menjadi selamat dan selesa untuk dihuni adalah keutamaan bagi kita semua, kan?

Antara tindakan yang boleh diambil untuk menjadikan rumah lebih selesa adalah melakukan dekorasi.

Dekorasi yang tepat sudah tentu dapat memberikan ketenangan emosi kepada penghuni ketika berehat.

Selain dekorasi hiasan dalaman, pemilihan warna cat dinding rumah juga mampu memberi kesan emosi kepada si pemilik.

Cara cat dinding nampak halus dan cantik

Walaupun kerja-kerja mengecat dinding kelihatan mudah, namun jika tidak kena tekniknya, hasil akhir proses mengecat pasti menyakitkan mata.

Oleh itu, menerusi artikel pada kali ini, SK ingin berkongsi satu teknik atau tip mudah untuk mendapatkan hasil permukaan cat yang halus dan lawa.

Untuk makluman pembaca, tip ini merupakan hasil perkongsian asal daripada pemilik akaun Tiktok @profcathanif.

Sebelum tip ini diaplikasikan, anda perlu terlebih dahulu menyediakan semua peralatan mengecat yang diperlukan seperti berus pengecat

Namun begitu, bulu-bulu halus pada permukaan berus pengecat akan meninggalkan kesan tidak sekata pada permukaan dinding.

Jadi, @profcathanif berkata, apa yang perlu dilakukan adalah menyingkirkan bulu-bulu halus tersebut terlebih dahulu.

Tetapi, bagaimanakah caranya?

Menerusi perkongsian itu, @profcathanif menggunakan pita pelekat sebagai alat untuk membantu mencabut bulu-bulu halus berkenaan.

tip cat dinding
Kredit TikTok

Pita pelekat tersebut digulung di keseluruhan permukaan berus pengecat berkenaan sebelum ditanggalkan semula.

Hasilnya, anda akan dapati banyak bulu-bulu halus berus pengecat tertanggal dan melekat pada permukaan bergam pita pelekat.

tip cat dinding
Kredit TikTok

Bulu halus tersebut adalah antara penyebab permukaan dinding yang baru dicat kelihatan kasar dan tidak cantik.

tip cat dinding
Kredit TikTok

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dan berterima kasih dengan tip yang dikongsikan oleh @profcathanif .

“Terbaik la, terima kasih perkongsiannya,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Terbaik bos, saya memang buat macam ni kasi bulu-bulu lebih tu melekat pada tape. Satu perkongsian yang baik,” tulis seorang lagi pengguna.

“Baru tahu, terima kasih berkongsi ilmu,” tulis seorang pengguna yang baru mengetahui tentang tip tersebut.

Diharapkan, perkongsian pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

@profcathanif

@PROFESSOR CAT petua kemasan lantai lawa dan cantik, buang lebihan bulu #capcut #painthub #teknikmengecat #nippon #catrumah

♬ suara asli – tohipah asri .Sri – tohipah asri .Sri

Sumber: TikTok/@profcathanif

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.