Siakap Keli
tip putihkan semula bantal
Kredit: Facebook Jono Foods_Culinary

Guna Empat Bahan, Ini Tip Putihkan Semula Bantal Kekuningan

Guna Empat Bahan, Ini Tip Putihkan Semula Bantal Kekuningan

Salah satu tanda menunjukkan sebuah bantal yang telah digunakan dalam jangka masa yang agak lama adalah warna fabrik bantal mula bertukar warna.

Kebiasaannya, warna fabrik pada bantal akan bertukar kepada warna kekuningan, lebih ketara pada bantal yang berwarna putih.

Menurut Sleep Foundation, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perubahan warna pada bantal anda.

Antaranya, bantal ini menyerap lembapan daripada pelbagai sumber seperti peluh, air liur, rambut yang basah termasuklah bahan penjagaan muka.

Warna kuning ini bukan sekadar menunjukkan bantal anda sudah banyak menyerap lembapan dari persekitarannya. Ini juga melambangkan bahawa bantal berkenaan boleh menyimpan bakteria dan alergen.

Hal ini berkemungkinan boleh mempengaruhi kualiti tidur anda pada waktu malam serta kesihatan anda secara umumnya.

Oleh sebab itu, kita dinasihati untuk membasuh bantal secara berkala bagi memastikan kualiti tidur kita tidak terjejas dan kesihatan lebih terjamin.

Seorang pengguna Facebook, Jono Foods_Culinary telah berkongsi cara untuk membersihkan bantal, dari memiliki kesan kuning sehingga putih seperti salji.

Antara bahan yang diperlukan adalah secawan detergen pakaian, secawan sabun pencuci pinggan mangkuk, secawan cuka putih, secawan soda penaik dan satu bekas air panas.

Geli tengok bantal kuning, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengembalikan warna asal bantal

Pertama sekali, campurkan detergen pakaian, sabun pencuci pinggan mangkuk, cuka putih dan soda penaik dalam sebuah bekas yang mengandungi air panas.

Apabila semua bahan telah dimasukkan ke dalam satu bekas, kacaukan larutan tersebut sehingga menjadi sebati.

Apabila larutan tersebut sudah pun sebati, masukkan bantal yang hendak dicuci ke dalam bekas larutan berkenaan. Rendamkan bantal tersebut dalam larutan itu dalam tempoh sejam.

Selepas selesai tempoh rendaman, basuh bantal tersebut di dalam mesin basuh baju dengan menggunakan tetapan cucian yang biasa.

Kemudian, anda boleh mengeringkan bantal tersebut di bawah sinaran matahari dan angkat apabila bantal sudah betul-betul kering.

“Kaedah semula jadi ini dapat mengekalkan tahap kebersihan, mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan bantal anda berwarna putih, tak ubah seperti salji,” kata Jono.

Jelasnya, orang ramai dinasihati untuk mencuci bantal setiap enam bulan sekali bagi memastikan kebersihannya terjaga.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Sumber: Jono Foods_Culinary via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.