Lelaki Kongsi Tip Tanam Tanaman, Elak Serangga Perosak
Tentu ramai di antara kita yang mempunyai hobi dan gemar menanam pokok-pokok. Bukan itu sahaja, minat yang mendalam dalam hobi penanaman ini mendorong sebahagian masyarakat mengusahakan ladang tanaman.
Meskipun hobi ini bagus sebagai terapi minda, namun ia memerlukan komitmen seperti penjagaannya iaitu pembersihan, penyiraman air agar tanaman kekal sihat.
Bukan itu sahaja, cabaran dalam penanaman pokok adalah serangan daripada serangga perosak. Perkara ini tentunya merencatkan sedikit hasil pengeluaran.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan Tariq Syahman berhubung penjagaan pokok daripada serangan serangga.
Tip Elak Tanaman Terkena Serangan Serangga

Ada yang tanya saya, “Apa yang tuan guna untuk elak serangga makan pokok-pokok tuan?” Ok. Dia macam ni.
1. Benda paling penting kita kena faham, bila kita tanam pokok yang jadi makanannya serangga ni akan automatik datang. Kadang-kadang dia ada, kadang-kadang dia takda. Kadang-kadang dia datang sikit saja, kadang-kadang ramai pula.
2. Cikgu saya pernah pesan, pokok yang sihat, dia macam ada shield sekeliling dia. Serangga tak akan suka-suka hati datang makan. Penyakit pun susah nak hinggap. Macam manusia jugak, ada masa antibodi kuat, ada masa antibodi lemah. Bila masa lemah tu, barulah kena serang.
BACA: Teknik Tanam Sayuran Supaya Tak Diganggu Makhluk Perosak, Mudah & Selamat
3. Jadi, benda paling penting adalah make sure pokok kita sihat dulu. Air, cahaya dan baja mesti cukup. Kalau dia tak sesuai duduk kat tempat redup, ubah ke tempat yang lebih cerah. Kalau dia tak suka kawasan lembab, ubah ke kawasan lebih kering.

4. Kita buat benda ni saja, sebahagian masalah serangga atau penyakit pokok kita dah setel.
5. Kalau dia datang serang jugak, barulah kita guna produk yang bersesuaian.
6. Untuk serangga macam mealybugs (koya) atau aphids (kutu daun), saya lebih suka PICIT je dia kalau terjumpa. Kalau banyak sangat, terus trim daun yang dia duduk tu, buang jauh-jauh. Bakar lagi bagus.
7. Untuk serangga yang besar dan tak terbang contohnya kesing dan kumbang, saya suka spray AIR SABUN. 1 sudu pencuci pinggan + air paip 1 liter, masukkan dalam spray lepas tu tembak lah dia. Sekejap je dah meninggal.

8. Larutan air sabun ni berkesan untuk macam-macam serangga. Lipas pun kiok kalau kena air sabun. Cuma kita nak kena tembak dia bagi kena lah. Kalau macam belalang yang suka lompat-lompat tu susah lah sikit.
9. Ada yang suka guna spray yang resepi dia campur bawang putih dan cili tu. Bagi saya, ianya kurang berkesan. Saya pernah try tapi saya lebih prefer air sabun.
10. Untuk serangga perosak yang kita tak nampak dan suka sembunyi-sembunyi, contohnya anak belalang dan ulat-ulat, barulah saya guna semburan racun organik.

11. Guna je lah yang mana pun, lebih kurang saja fungsi dia. Selalunya bahan aktif dia berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya cuka kayu, minyak daun neem, pati chrysanthemum, etc.
BACA JUGA: Bawang Putih Boleh Dijadikan Sebagai Racun Serangga Semula Jadi, Begini Caranya
12. Semburan yang organic based ni memang selamat lah untuk manusia dan pets. Dia beracun untuk serangga saja. Lagi satu, dia tak bertindak sepantas kilat. Kalau spray kat serangga tu jangan pelik pulak kalau nampak dia rileks saja boleh jalan-jalan lagi.
13. Spray-spray ni semua selalunya bertindak sebagai deterrent. Maknanya dia menghalang atau menghindar serangga. Kalau serangga bau tu dia rasa tak selera nak makan ke, rasa loya ke, saya tak tahu lah. Hahaa. Tapi macam tu lah dia berfungsi.
Pokok-pokok saya pun takdalah semuanya flawless, banyak ja lubang-lubang kena makan dengan ulat. Boleh tengok kat gambar tu.
Jaga pokok bagi sihat, InsyaAllah tak perlu risau sangat pasal serangan serangga perosak. Okeh.
Sumber: Tariq Syahman