Siakap Keli
Keputusan bersara awal
Kredit Facebook

Keputusan Nak Bersara Awal Dibuat Sejak Hampir 2 Tahun Lepas – Cikgu Fadli Salleh

Keputusan Nak Bersara Awal Dibuat Sejak Hampir 2 Tahun Lepas – Cikgu Fadli Salleh

Nama Cikgu Mohd Fadli Salleh hangat diperkatakan selepas keputusan beliau untuk bersara awal menjadi tular sejak semalam.

Sejak berita itu sampai ke pengetahuan umum, banyak tanda tanya berlegar dalam kalangan warga maya. Justeru, Cikgu Fadli sebentar tadi tampil menerusi satu siaran langsung di Facebook bagi menjawab sendiri beberapa pertanyaan warga maya.

Menurut Cikgu Fadli, keputusan untuk bersara awal itu telah dibuat olehnya sejak dua tahun yang lalu. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas terkait dengan kes yang hampir menyebabkan beliau dibuang kerja.

“Hampir dua tahun lepas lagi, terutamanya selepas kes saya yang hampir dibuang tu. Boleh dikatakan bermula dari situ lah. Bila hampir dibuang dan diampunkan, dimaafkan. Saya boleh bekerja seperti biasa,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Tambahnya lagi, sebagai penjawat awam beliau terikat banyak akta dan undang-undang.

“Penjawat awam ni dia banyak akta, saya banyak terikat walaupun kita berkata benar. Walaupun kita tidak mencaci maki, kita mengemukan fakta ia masih tidak boleh. Akta ini terpakai pada semua penjawat awam.

“Akta tahun 1993 Peraturan 19 tidak silap saya yang mengatakan mana-mana penjawat awam tidak dibenarkan untuk mengulas dasar kerajaan. Sama ada untuk kebaikan atau keburukan, kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Menteri,” terangnya lagi.

Tidak menyalahkan KPM

Beliau dalam pada itu menegaskan tiada pihak yang perlu dipersalahkan, termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia di  atas keputusan tersebut.

“Saya sayang KPM, saya sayang dunia pendidikan. Cuma macam saya tulis, saya tak nak berlaku biadab. Baiklah saya undur dulu secara terhormat bersara secara pilihan. Saya bukan berhenti mengejut untuk tunjuk protes.

“Bukan macam tu, saya tak nak susahkan rakan sejawat saya dan murid-murid saya. Saya sudah mohon setahun awal,” tegasnya lagi.

Semalam, rakan beliau yang juga pempengaruh, Akhi Fairuz Al-Jengkawi terlebih dahulu berkongsi berita persaraannya di laman Facebook.

“Selamat bersara Cikgu Mohd Fadli Salleh. Bersara pilihan. Semoga terus menyumbang bakti dalam bidang pendidikan,” katanya.

Cikgu Fadli kemudian dalam beberapa hantaran di laman facebooknya selepas itu mengesahkan berita persaraan tersebut.

Beliau ketika itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan keputusan untuk bersara awal itu.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Mohd Fadli Salleh

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.