Bukan Dalam Gelombang Mikro, Wanita Kongsi Resipi Kek Mentega Dalam Air Fryer
Kek umumnya satu hidangan pencuci mulut yang digemari ramai. Hidangan ini mempunyai pelbagai rupa, bentuk, warna, saiz dan perisa yang menarik perhatian sesiapa sahaja.
Bukan sahaja sebagai pencuci mulut, kek juga menjadi ‘pelengkap’ dalam acara tertentu seperti sambutan hari lahir, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun perkahwinan dan banyak lagi.
Teksturnya lembut seperti ‘span’ menjadikan pencuci mulut ini mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, tidak hairan mengapa ia sangat digemari oleh golongan kanak-kanak.
Ditambah dengan bantuan media sosial, orang ramai tidak terlepas mempromosikan jualan mereka termasuk berkongsi keunikan resipi masing-masing kepada orang ramai.
Airin Rushdi antara individu yang berkongsi resipinya di Facebook Kumpulan Resepi Air Fryer (Malaysia) iaitu butter cake yang dihasilkan dalam air fryer.
Menarik bukan? Jadi jom ikuti perkongsian Airin Rushdi di bawah. Semoga bermanfaat.
Menarik, Resepi Kek Mentega Dalam Air Fryer
First time try buat butter cake dalam air fryer sebelum ni selalu pakai oven jek. Kalini saja nak try guna air fryer pulak. Happy tengok elok cantik rupanya semangat bila tengok ramai dalam group ni share buat kek guna air fryer.
Saya share resepi kalau ada yang berminat nak cuba.

Resipi
115g butter (saya pakai salted)
100g gula kaster
100g tepung naik sendiri(diayak)
30ml susu (saya pakai dutch lady full cream)
1 sk esen vanilla
BACA: Resipi Roti Canai “Homemade”, Tak Perlu Pergi Kedai Dah Lepas Ni
Cara Penyediaan

Pertama, panaskan air fryer 160’.
Kedua, pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna kuning pucat atau putih.
Ketiga, masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masuk esen vanilla dan susu. Pukul lagi sampai sebati.
Keempat, masukkan tepung dan kaup balik adunan guna senduk.
Kelima, kemudian masukkan dalam loyang 6’ yang dah dilapik dengan baking paper.
Keenam, bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit. Siap.
Selamat mencuba
Sumber: Airin Rushdi via Resepi Air Fryer (Malaysia)