300 Peserta Gegar Tamarind Square Bersama Arafitox x PoundWithHanis
Cyberjaya, Januari 2024 – Jenama produk makanan berfungsi terkenal Malaysia, AFYAA membuka tirai tahun baru dengan ARAFITOX Revolution Challenge bersama PoundWithHanis yang bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya pada 17 Januari lalu.
Dengan slogan rasminya ‘Sihat Nikmat Terindah’, pasukan AFYAA bersama 300 peserta yang terdiri daripada Pejuang ARAFITOX serta penggemar senaman pound telah menggegarkan perkarangan Tamarind Square dengan laungan dan sorakan penuh semangat, diketuai oleh Ikon Kecergasan Pound, Nurul Hanisah atau lebih dikenali sebagai Hanis.
Pound merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan yang diilhamkan dari pilates. Sejajar dengan slogan AFYAA, kolaborasi antara PoundwithHanis dan ARAFITOX ini merupakan salah satu inisiatif bagi mereka yang ingin memulakan tahun baru dengan azam untuk menjadi lebih sihat dari sebelumnya.
“Bersempena dengan tahun baru dan juga azam baru, saya berharap acara yang diadakan malam ini sedikit sebanyak dapat menanamkan semangat dalam diri peserta bahawa untuk jadi sihat, kita perlu berusaha.
“Usaha dengan cara bersenam dan juga mengambil produk makanan kesihatan AFYAA iaitu Arafit dan Aratox,” kata Azim Adnan, Pengarah AFYAA.
Selama acara berlangsung, booth produk ARAFITOX turut dibuka bagi memberikan pendedahan dan penerangan kepada peserta yang hadir pada hari itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan fungsi produk tersebut.
ARAFITOX adalah gabungan dua produk makanan berfungsi iaitu Arafit dan Aratox yang diperkuatkan dengan bahan sunnah di mana ia sesuai buat mereka yang ingin mencapai berat badan ideal secara sihat dan selamat.
Acara yang berlangsung selama dua jam itu turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah untuk para peserta yang hadir dan diakhiri dengan ucapan ringkas daripada Pengarah AFYAA, Azim Adnan juga Pengasas PoundwithHanis, Nurul Hanisah.
Ingin ketahui lebih lanjut mengenai AFYAA dan ARAFITOX atau berminat untuk menjadi usahawan di AFYAA? Layari di laman sesawang rasmi AFYAA, www.afyaa.com