Siakap Keli
kemas kini padu
Kredit: Bernama

Kemas Kini PADU Automatik Layak Terima Bantuan Ke?

Kemas Kini PADU Automatik Layak Terima Bantuan Ke? 

Kebanyakan rakyat Malaysia tentunya mengetahui mengenai PADU yang diperkenalkan Kementerian Ekonomi pada awal 2024.

Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.

Pelaksanaan PADU ini bertujuan untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar ekonomi secara bersasar.

Tujuan utama PADU adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam perancangan dasar dan pengagihan sumber. Khususnya, pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan akan menjadi lebih bersasar terhadap rakyat yang benar-benar layak untuk mendapatkannya.

Selain itu, pangkalan data ini juga akan menjadi sumber rujukan berpusat dalam membantu kerajaan membuat keputusan berpaksikan data.

Bagi menjayakan inisiatif digital ini, pangkalan data utama ini telah dibangunkan oleh beberapa pihak bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik.

Antaranya, kepakaran dalaman daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan dengan kerjasama pelbagai agensi pembekal data.

 

padu bantuan automatik
Kredit: Bernama

Adakah bantuan/subsidi akan ditawarkan secara automatik selepas kemas kini data dalam PADU?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PADU bertujuan untuk memastikan bantuan kerajaan sampai ke tangan yang betul-betul layak.

Maka, ia tidak akan ditawarkan secara terus selepas data dikemas kini. Hal ini kerana kerajaan akan menilai maklumat pengguna PADU terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan.

Jika data-data anda menepati kriteria yang ditetapkan sebagai syarat kumpulan sasaran sesuatu dasar, maka anda layak untuk mendapat bantuan tersebut.

Adakah menjadi satu kesalahan jika kita tidak mahu untuk mendaftar PADU?

Untuk makluman, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mendaftar PADU bagi membantu kerajaan mengenal pasti status sosio ekonomi anda.

Secara teknikalnya, seseorang individu boleh memilih untuk tidak mendaftar kerana perkara ini bukanlah satu perkara yang menjadi mandatori.

Individu yang tidak mendaftar juga tidak akan dikenakan hukuman kerana perkara ini bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda berisiko untuk tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial, sekiranya layak.

Ketiadaan data di dalam pangkalan data utama sudah semestinya menyukarkan kerajaan untuk melihat kelayakan anda.

Bagi sesiapa yang masih belum mendaftar PADU, anda boleh bebuat demikian  dalam talian di Portal Rasmi PADU.

Pendaftaran secara fizikal juga boleh dibuat di Pejabat Operasi Negeri DOSM dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan.

BACA: Senang Je, Cara “Step by step” Nak Daftar Akaun PADU

Sumber: Portal Rasmi PADU

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.