Siakap Keli
kamera inap desa
Gambar viral media sosial

Wanita Trauma, Jumpa Kamera Pengintip Dalam Bilik Air Homestay

Wanita Trauma, Jumpa Kamera Pengintip Dalam Bilik Air Homestay

Polis Diraja Malaysia mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kamera kecil dalam inap desa di Pulau Pinang yang dibuat seorang wanita.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku pada Selasa lepas sebelum menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata kamera itu disorokkan dalam sebuah bekas pewangi tandas di dalam bilik air inap desa itu.

Pengadu, yang merupakan seorang wanita berusia 24 tahun mendaftar masuk ke inap desa tersebut bersama tiga rakannya pada hari Isnin.

Manakala penemuan kamera berkenaan dibuat sehari kemudian.

“Polis ingin mengesahkan kita telah menerima laporan mengenai kejadian ini dan kes di siasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

“Kini kita akan menyiasat kes ini dari pelbagai sudut kerana hasil pemeriksaan awal terhadap kamera terbabit mendapati tiada sebarang imej atau video yang terdapat dalam storan kamera terbabit,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara itu, Razlam turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini.

Hal ini kerana, perkara tersebut boleh menjejaskan siasatan polis.

Terdahulu, video perkongsian pengalaman wanita terbabit yang menemui sebuah kamera pengintip yang disorokkan dalam bilik air di inap desa tersebut menjadi tular di sosial media.

Ujar wanita berkenaan, kejadian itu menyebabkan dia dan rakan-rakan mengalami trauma dan tidak dapat tidur sepanjang malam.

Malah, emosi mereka turut terjejas dan dihantui kebimbangan sekiranya diaibkan menerusi video atau imej yang dirakam menerusi kamera tersebut.

BACA: Ini Sejarah Jalan “Jammed” Paling Teruk Di Dunia, Sangkut 12 Hari Sejauh 100km

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.