Siakap Keli
Gunung berapi Iceland meletus
Kredit AFP

Lava Merah Mengalir, Viral Detik-detik Gunung Berapi Di Iceland Meletus

Lava Merah Mengalir, Viral Detik-detik Gunung Berapi Di Iceland Meletus

Sebuah gunung berapi di barat daya Iceland dilapor meletus pada Khamis lalu, iaitu kali ketiga berlaku sejak Disember tahun lepas.

Memetik CBS News, letusan yang memuntahkan lava itu menyebabkan Blue Lagoon diarah ditutupkan.

Blue Lagoon merupakan salah satu kawasan tarikan pelancongan terbesar di negara tersebut.

Pelancong yang berada di pusat pelancongan tersebut juga sudah dipindahkan pihak berkuasa.

Sementara itu, Pejabat Meteorologi Iceland berkata, letusan berkenaan berlaku pada pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Menurut badan itu, lahar yang mengalir tidak membawa ancaman segera kepada penduduk setempat dan loji janakuasa utama.

Bagaimanapun, beberapa infratruktur seperti jalan raya dan paip bekalan air dilapor mengalami kerosakan akibat terkena lahar.

Dalam letusan sebelum ini yang berlaku pada 18 Disember 2023, seramai 3,800 penduduk telah dipindahkan.

Tiada sesiapa di bandar ketika kejadian tersebut berlaku

Sementara itu, seorang pegawai pertahanan awam memberitau bahawa tiada sesiapa berada di bandar berdekatan gunung berapi itu ketika letusan berlaku.

Awal minggu ini, Pejabat Meteorolgi Iceland dikatakan telah memberi amaran tentang kemungkinan kejadian letusan gunung berapi tersebut.

Amaran itu dikeluarkan selepas pemantauan yang dilakukan mendapati terdapat pembentukan magma di bawah permukaan sejak tiga minggu lalu.

Dikatakan, jumlah magma atau batu separa cair yang terkumpul adalah sama banyak dengan jumlah magma yang dikeluarkan semasa letusan pada Januari lalu.

Untuk maklumat, Iceland adalah sebuah negara yang terletak di atas kawasan panas gunung berapi di Atlantik Utara.

Letusan gunung berapi yang paling teruk pernah direkodkan berlaku pada 2010 di pergunungan Eyjafjallajokull.

Dalam kejadian itu, ia telah memuntahkan awan abu yang besar ke atmosfera dan menyebabkan ruang udara di Eropah terpaksa ditutup.

Video kejadian pada Khamis tular di media sosial

Di media sosial, deretan video yang merakam fenomena letusan gunung berapi yang terjadi pada Khamis lepas telah menjadi tular di media sosial.

Video-video yang dimuat naik oleh orang awam dan juga portal berita antarabangsa itu pantas menarik perhatian warga maya.

Menerusi video-video berkenaan, lava merah yang mengalir dari letusan berkenaan dapat dilihat dengan jelas.

Dalam sudut tertentu, kawasan rekahan dimana lava mengalir keluar kelihatan seolah-olah dibelah dengan menggunakan api.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: CBS News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.