Siakap Keli
maut terkena bom buatan sendiri
Kredit Sinar Harian

Lelaki Maut, Bom Buatan Sendiri Meletup Ketika Ceroboh Bangunan Sarang Burung Walet

Lelaki Maut, Bom Buatan Sendiri Meletup Ketika Ceroboh Bangunan Sarang Burung Walet

Seorang lelaki warga emas ditemui maut selepas bom buatan sendiri meletup ketika dia cuba menceroboh ke kawasan bangunan sarang burung walet.

Memetik Sinar Harian, kejadian dilaporkan berlaku di Bukit Kuah, Kampung Pemberian, Manik Urai pada pagi semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun turut mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata bahawa panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu telah diterima oleh pihaknya pada jam 8.25 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi anggota bertugas telah menjumpai seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dalam keadaan terbaring dan perutnya terburai,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pelaku dikatakan telah menceroboh masuk ke kawasan bangunan sarang burung walet

Menurut beliau lagi, hasil siasatan awal mendapati bahawa lelaki itu menceroboh masuk ke kawasan itu selepas memotong pagar di bahagian belakang bangunan tersebut.

Mangsa kemudiannya dikatakan telah mengeluarkan objek yang disyaki sebagai bom tangan buatan sendiri bagi tujuan meletupkan pintu hadapan bangunan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, bom itu telah meletup secara tiba-tiba lalu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan bekas kontraktor binaan yang diupah oleh pemilik bangunan untuk menyiapkan premis berkenaan.

“Difahamkan, terdapat hutang di mana pemilik bangunan tersebut masih belum menjelaskan bayaran upah kepada mangsa yang menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati,” katanya.

Tambah Muhamad Zaki, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian telah menjumpai lima unit bom buatan sendiri.

“Daripada jumlah itu tiga unit bom jenis besi dan dua unit PVC. Bagaimanapun, satu unit bom jenis besi telah meletup dan mengenai mangsa.

“Kes disiasat bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan. Siasatan menyeluruh akan terus dijalankan berhubung kes ini,” katanya seperti memetik Sinar Harian.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.