Siakap Keli
belum pandai merangkak
Kredit Istimewa/Dok Polres Sumbawa

Tertekan Bayi 9 Bulan Tak Pandai Merangkak, Ibu Bunuh & Buang Anak Dalam Sungai

Tertekan Bayi 9 Bulan Tak Pandai Merangkak, Ibu Bunuh & Buang Anak Dalam Sungai

Tertekan diejek kerana tidak mampu merangkak, seorang ibu bertindak membunuh dan membuang bayi sendiri berusia sembilan bulan ke dalam sungai.

Menurut portal Tribun News, kejadian berkenaan dilapor berlaku di Desa Padasuka, Kecamatan Lunyuk, Indonesia.

Kejadian itu turut disahkan Unit Siasatan Jenayah Polis Sumbawa, IPTU Regi Halili.

Regi berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek yang berusia 21 tahun dengan orang tuanya.

“Suspek mengaku kejadian itu bermula di rumah orang tuanya. Suspek yang ketika itu sedang menyusukan mangsa dimarahi orang tua kerana tidak memasak.

“Suspek kemudian merasa berang dan berlaku pertengkaran dengan ibunya,” kata Regi Halili.

Menurut Berita Satu, suspek kemudian keluar meninggalkan rumah tersebut sambil membawa bayinya dalam keadaan marah.

“Sebelum keluar, suspek sempat mengambil pisau pemotong dan dimasukkan ke dalam poket. Selepas itu, suspek menuju ke kawasan sungai dengan menunggang motosikal.

“Di situ, suspek terlebih dahulu membunuh mangsa dengan cara mengelar leher dan tangan kirinya, sebelum bayi malang itu dicampak ke dalam sungai,” jelas Regi lagi.

Selepas melakukan jenayah tersebut, suspek pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian tersebut kepada suaminya.

Suami suspek kemudian segera melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut Regi, pihaknya segera menahan suspek dan polis telah dibawa ke lokasi bayi itu dibuang oleh suspek sendiri.

Motif pembunuhan dipercayai kerana anak tidak boleh merangkak

Motif pembunuhan itu dipercayai berlaku kerana suspek berasa jengkel dengan perkembangan bayinya yang tidak boleh merangkak seperti kanak-kanak lain.

“Suspek kesal dengan bayi malang itu kerana tidak berkembang seperti bayi seusianya. Mangsa ada masalah tumbesaran,” ujar Regi.

Kata Regi, hasil maklumat penduduk, suspek dikatakan pernah mengalami kemurungan sebelum berkahwin.

Situasinya dikatakan bertambah baik selepas mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, selepas mendapat zuriat, keadaan bayinya menyebabkan mangsa sering diejek oleh penduduk setempat.

Apa yang berlaku kemudiannya menyebabkan suspek menjadi tertekan dan fikirannya terganggu.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Tribun News, Berita Satu

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka