Siakap Keli
Gambar: Adrenaline Impact

Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP Sewaktu Ujian Litar? Ini Kata Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP Sewaktu Ujian Litar? Ini Kata Pakar

Tentu di sini ramai peminat MotoGP kan? Tidak dinafikan sukan permotoran ini mendapat tempat di hati peminat dari seluruh dunia.

Golongan muda juga tidak melepaskan peluang menonton sukan permotoran nombor satu dunia ini, lebih-lebih lagi ia menampilkan banyak penunggang motosikal profesional seperti Valentino Rossi.

Litar perlumbaan menjadi medan para atlet MotoGP bagi menaiki podium demi merebut gelaran juara.

Namun pernahkah anda perasan, ketika ujian MotoGP dilakukan terdapat jaring pada belakang motosikal? Sebenarnya apa fungsi jaring ini?

Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsian seorang pakar, Dr Aid Fawzal yang mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi menjawab soalan daripada pihak Adrenaline Impact. Semoga bermanfaat.

Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP?

Saya diminta oleh sahabat-sahabat di Adrenaline Impact untuk bantu jelaskan kenapa ada jaring-jaring pada belakang motorsikal ni sewaktu ujian MotoGP di Sepang baru-baru ini.

Alamak tuan, dah kenapa MotoGP bawak raga kat belakang motor pula ni??

Itu bukan raga ya, jaring pon bukan. Itu adalah “aerodynamics rakes” (juga dipanggil “aero rakes”).

Guna aero rakes ni adalah untuk mendapatkan bacaan tekanan dinamik (dynamic pressure) supaya jurutera dan jurureka (designer) mendapat gambaran bagaimana struktur aliran angin di bahagian tersebut. 

Dalam gambar tu aero rakes diletakkan di hujung belakang, maksudnya ujian sedang dijalankan untuk mengenal pasti aliran angin di belakang.

Ini mengambil kira kedudukan pelumba yang berubah-ubah dan prestasi komponen aerodinamik sedia ada. 

Jaring motogp
Gambar: Adrenaline Impact

Data yang aero rake ni rekodkan juga akan membantu jurutera dalam menentukan, mengesahkan dan memperbaiki program simulasi Computation Fluid Dynamics (CFD) yang mereka jalankan.

Untuk penjelasan ringkas, simulasi CFD terhad kepada satu-satu senario kedudukan motorsikal (contoh: simulasi sewaktu tegak-lurus, atau simulasi selekoh-baring). Katakan sudut-condong (lean angle) maksimum 60 darjah, setiap 5 darjah baringan akan dibuat simulasi satu per satu.

BACA: Isi Minyak Terlupa Tutup Enjin, Kereta Boleh Rosak Ke? Ini Jawapan Pakar

Begitu juga dengan dapatan (results) daripada ujian terowong angin (wind tunnel). Ia terhad kerana angin yang datang sentiasa daripada depan dan bukan angin senget seperti sewaktu mengambil selekoh (cornering).

Kerana itulah, data langsung daripada lapangan sangat-sangat diperlukan dan implementasi “aero rakes” inilah antara cara mendapatkan datanya.

Data yang diambil pastinya lebih dinamik berbanding CFD dan terowong angin kerana ia mengambil kira semua pergerakan motorsikal dan pergerakan pelumba dengan dinisbahkan terhadap keadaan litar.

Pakar dalam bidang ini dipanggil trackside aerodynamicist.

Ini rupa bentuk ‘aero rakes’ untuk pengambilan data tekanan angin dengan lebih jelas.

Gambar: Adrenaline Impact

Sumber: X @AidFawzal & Facebook Adrenaline Impact

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?