Siakap Keli
paku indonesia pemilu
Kredit: Antara

Unik, Rakyat Indonesia Mengundi Pakai Paku & Bukannya Pen

Unik, Rakyat Indonesia Mengundi Pakai Paku & Bukannya Pen

Mengundi merupakan salah satu proses penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap rakyat dalam sesebuah negara berdemokrasi.

Tujuan mengundi dalam dalam pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin yang bakal menentukan arah untuk negara bergerak.

Jadi, mengundi merupakan tanggungjawab yang besar dan tidak boleh dibuat main-main atau ada unsur-unsur penipuan.

Oleh sebab itu, setiap negara ada badan khas yang menguruskan pilihan raya dan badan ini bertanggungjawab menjadikan pilihanraya berjalan lancar.

Salah satu perkara yang ditetapkan oleh badan tersebut adalah kaedah mengundi. Misalnya, di Malaysia, kita mengundi dengan cara memangkah pada kertas undi menggunakan pen.

Selain itu, jari telunjuk mereka yang mengundi juga ditandakan dengan dakwat bagi mengelakan kejadian pengundi mengulang undi.

United Kingdom juga menggunakan kaedah yang sama, cuma mereka menggantikan pen dengan pensil.

Ada juga negara yang tidak menggunakan pen mahupun pensil untuk meletakkan tanda pada kertas undi.

Misalnya di Korea Selatan, pengundi menggunakan cop dakwat berwarna merah bagi meletakkan tanda pada kertas undi.

Manakala di Amerika Syarikat (AS) pula sistemnya lebih maju. Mereka menjalankan proses pengundian secara elektronik dengan tablet untuk pengundian disediakan di tempat-tempat mengundi.

Indonesia gunakan paku untuk membuat pilihan sewaktu Pemilu

Walau bagaimanapun, ada beberapa negara masih mengamalkan kaedah meninggalkan tanda pada kertas undi yang sangat unik.

Malaj, kaedah ini pula sudah atau tidak pernah diamalkan di negara-negara lain.

Seorang pengguna TikTok warga Indonesia, Virga Raditya (@virgaraditya) berkongsi kaedah unik meninggalkan undi pada kertas undi di negaranya.

@kumparan

Dua hari lagi pada 14 Februari 2024, masyarakat Indonesia akan menggunakan hak pilihnya untuk memilih calon pemimpin bangsa. Ada lima surat suara bakal dicoblos yakni surat suara Pilpres, surat suara DPR RI, surat suara DPD RI, surat suara DPRD provinsi dan surat suara DPRD kabupaten/kota. Bagi masyarakat yang akan mencoblos, jangan sampai salah karena bisa-bisa suara kamu nantinya dinyatakan tidak sah karena tidak sesuai aturan. pemilupedia tanyapemilu nyoblos news motion capres cawapres pemilu2024 kumparan tiktokberita salingjaga

♬ original sound – kumparan – kumparan

Menurut Virga, pengundi-pengundi meninggalkan tanda atau memilih calon dengan cara menggunakan paku.

Paku-paku tersebut digunakan untuk menebuk ruang pada bahagian calon yang hendak dipilih.

Merujuk pada Vice Indonesia, kaedah tersebut masih digunakan oleh hanya dua buah negara.

Selain Indonesia, kaedah yang sama masih diamalkan di Kemboja.

Mesti menjadi satu keanehan, mengapa kaedah pengundian sejak zaman pemerintahan Soeharto masih digunapakai sehingga ke hari ini?

Menurut Virga, Indonesia pernah menggunakan pen seperti negara jirannya yang lain ketika Pemilu 2004 dan Pemilu 2009.

@kpu_pku

Hai #TemanPemilih Gimana sih nyoblos surat suara yang benar dan sah?? Yuk.. simak video berikut 😊 #KPUmelayani #fyp

♬ suara asli – KPU Kota Pekanbaru – KPU Kota Pekanbaru

Bagaimanapun, kaedah itu menimbulkan salah faham dalam kalangan pengundi hingga mengganggu kelancaran Pemilu.

Kata Virga, ramai pengundi tidak tahu proses mengundi yang perlu dilaksanakan dengan menggunakan pen.

Keadaan itu menyebabkan banyak kertas undi tidak ditanda sekaligus membawa kepada masalah undi rosak.

Oleh sebab itu, pada Pemilu 2014, kaedah pengundian asal yang menggunakan paku telah dikembalikan.

@virgaraditya

Pemilu metode coblos paku hanya tersisa 2 negara aja?! 📃📌 #pemilu #pemilu2024 #allin

♬ cardigan – мσisєs

Hakikatnya, kaedah pengundian ini menjadikan sistem pilihan raya Indonesia merupakan antara terunik di dunia.

BACA: Cara Chef Potong Sayur, Boleh Simpan & Masih Segar Lepas 4 Hari

Sumber: @virgaraditya via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma