Siakap Keli
pekerja kilang gas ammonia
Kredit: Bernama

Gas Ammonia Bocor : 10 Pekerja Kilang Dibawa Ke Hospital

Gas Ammonia Bocor : 10 Pekerja Kilang Dibawa Ke Hospital

SHAH ALAM, 16 Feb (Bernama) — Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan 11.15 pagi berhubung kejadian tersebut dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.

Beliau berkata mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an, telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan selanjutnya.

“Kerja-kerja bagi menutup injap bocor sedang dilakukan oleh pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.