Siakap Keli
ketua pembangkang rusia meninggal
Kredit: AFP

Ketua Pembangkang Rusia Meninggal Dunia Dalam Penjara

Ketua Pembangkang Rusia Meninggal Dunia Dalam Penjara

Ketua pembangkang Rusia, Alexei Navalny dilaporkan meninggal dunia dalam penjara di Artik pada Jumaat, lapor pihak berkuasa Rusia.

Memetik AFP, Navalny telah meninggal dunia di penjara selepas ditahan di sana selama tiga tahun.

BACA JUGA: Produk Khairul Aming Jadi Rebutan Lagi, “Sold Out” Dalam Masa 2 Minit

Beberapa agensi akhbar Rusia pula melaporkan pegawai perubatan dari sebuah hospital di utara Rusia telah menghabiskan masa selama setengah jam untuk menyedarkan Navalny semula, susulan dia tidak sedarkan diri selepas bersiar-siar di penjara itu.

Jurucakap kerajaan Rusia, Dmitry Peskov memberitahu wartawan bahawa pihaknya tidak mengetahui punca kematian Navalny secara spesifik.

Untuk makluman, Navalny merupakan ketua pembangkang yang paling terkemuka dalam sejarah Rusia. Beliau telah berjaya meraih jumlah sokongan ramai ketika mengadakan kempen memerangi rasuah ke atas Putin.

Sepanjang menjadi pembangkang, beliau juga lantang bersuara atas tindakan Putin yang menjalankan kempen ketenteraan di Ukraine.

Pendedahannya mengenai rasuah yang disiarkan di saluran Youtube mendapat jutaan tontonan dan membawa berpuluh-puluh ribu rakyat Rusia turun ke jalan raya untuk melakukan protes.

Baca: Video Nampak “Real”, OpenAI Perkenal Sora

Dia telah dipenjara pada awal 2021 selepas kembali dari Jerman, iaitu tempat di mana dia mendapatkan rawatan setelah diracun dan hampir maut.

Difahamkan, Navalny dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun atas tuduhan yang dikutuk secara meluas oleh kumpulan hak asasi bebas dan di Barat. Mereka mendakwa ia adalah sebagai balasan atas penentangan Navalny terhadap Kremlin.

“Saya tidak takut dan saya juga menyeru anda semua untuk tidak takut,” katanya kepada penyokong ketika mendarat di Moscow, beberapa saat sebelum ditahan atas tuduhan yang dikaitkan dengan sabitan penipuan lama.

Sementara itu, ketika kematian Navalny, Vladimir Putin dilaporkan berada di Pergunungan Ural atas tujuan lawatan rasmi. Pemimpin Rusia itu tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kematian tersebut setakat ini.

BACA: Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.