Siakap Keli
Senang Je Nak Buat
Kredit: Nurul Atikah Abu Hassan via Masak Apa Hari Ni 

Senang Je Nak Buat, Ini Resipi Apam Pisang Kukus

Senang Je Nak Buat, Ini Resipi Apam Pisang Kukus

Pencuci mulut merupakan suatu hidangan manis yang digemari oleh kita semua, tanpa mengira usia.

Di setiap negara, mempunyai manisan tersendiri. Contohnya di negara Barat, pai epal, biskut coklat dam pelbagai jenis kek menjadi hidangan pencuci mulut utama.

Begitu juga dengan Malaysia yang menjadikan kuih-muih sebagai pencuci mulut. Rasa kuih di Malaysia kebanyakannya lemak manis. Memang sedap dimakan bersama hidangan air teh atau kopi.

Antara kuih muih yang sering dihidangkan adalah kuih apam. Kuih ini juga mempunyai pelbagai jenis iaitu kuih apam nasi, apam gula hangus, apam gula merah dan sebagainya.

Jadi kali ini SK nak berkongsi resipi Apam Pisang yang dikukus menggunakan acuan lompang kecil.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nurul Atikah Abu Hassan.

Bahan-bahan yang diperlukan

Sukatan resipi yang dikongsikan ini menghasilkan 42 biji lompang kecil apam pisang.

Kredit: Nurul Atikah Abu Hassan via Masak Apa Hari Ni

Selain itu, anda memerlukan buah pisang dan untuk resepi ini, buah pisang berangan digunakan.

Sediakan bahan A iaitu 2 biji telur Gred B, minyak 1 cawan, gula 1 cawan dan sedikit garam. Bahan A perlu dikisar sehingga menjadi adunan kembang dan berat.

Manakala untuk bahan B pula, anda perlukan tepung gandum 2 cawan, soda bikarbonat 2 sudu teh dan serbuk penaik 1 sudu teh. Kesemua bahan B perlu diayak terlebih dahulu.

Akhir sekali, anda juga perlu sediakan piping bag.

Cara membuat Apam Pisang

Mula-mula, anda perlu campurkan bahan A dan B, kemudian gaul sehingga rata.

Seterusnya, lecekkan pisang berangan sehingga hancur. Namun begitu, pastikan anda tidak mengisar pisang supaya urat pisang itu naik dengan cantik.

Kredit: Nurul Atikah Abu Hassan via Masak Apa Hari Ni

Kemudian, campurkan pisang yang sudah dilecek bersama bahan A dan B. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam piping bag.

Sekiranya anda ingin pelbagaikan apam pisang, anda boleh membuat apam pisang coklat menggunakan bahan yang sama.

Anda cuma perlu tambah serbuk koko setengah cawan serta cairkan chocolate coin yang telah dicairkan setengah cawan pada bahan A.

Apa yang paling penting, kepekatan adunan tersebut mesti lah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

Kredit: Nurul Atikah Abu Hassan via Masak Apa Hari Ni

Letakkan lompang kecil mengikut sukatan adunan yang anda lakukan ke dalam periuk pengukus. Setelah selesai, oles sedikit minyak pada lompang kecil.

BACA: Bosan Menu Ayam Goreng Biasa? Cuba Resipi Ayam Cajun BBQ

Masukkan adunan itu ke dalam semua acuan lompang dan akhir sekali, letak sehiris pisang ke atas adunan sebagai hiasan.

Kredit: Nurul Atikah Abu Hassan via Masak Apa Hari Ni

Kemudian, panaskan pengukus, namun begitu pastikan air betul-betul mendidih. Kukus apam pisang selama 15 minit. Anda juga perlu membalut penutup dengan tuala supaya air wap tidak menitis atas apam.

Perlu diingatkan, jangan buka penutup pengukus pada 10 minit terawal kerana apam pisang sedang menaik.

Resipi ini boleh dijadikan jualan

Selain daripada makan bersama keluarga atau kawan-kawan, resipi ini juga boleh dijadikan sebagai jualan. Selamat mencuba!

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.