Siakap Keli
sonny sambutan malaysia
Kredit: X

Sonny Bill Williams Terharu Terima Sambutan Mesra Di Malaysia

Sonny Bill Williams Terharu Terima Sambutan Mesra Di Malaysia

Lagenda ragbi, Sonny Bill Williams terharu apabila menerima sambutan hangat dan layanan mesra daripada rakyat Malaysia sejak tiba di negara ini pada minggu lalu.

Bekas pemain bintang All Blacks itu telah berkongsi perkara tersebut menerusi akaun X-nya (@SonnyBWilliams) semalam.

“Kebaikan dan hospitaliti yang ditunjukkan rakyat Malaysia bukan sahaja mengharukan tetapi membuatkan saya merasa rendah diri.

“Alhamdulillah untuk perjalanan hidup yang penuh berkat ini,” katanya.

Dalam perkongsiannya, beliau turut dilihat menangis ketika berkongsi pengalamannya menunaikan umrah bersama isteri kesayangannya di depan peminatnya.

Difahamkan, beliau telah menunaikan umrah bersama isterinya, Alana Raffie buat kali pertama pada tahun 2023.

Pada awalnya, Sonny menceritakan saat-saat beliau dan isterinya melihat Kaabah buat kali pertama ketika menunaikan umrah bersama-sama.

Ketika melihat salah satu monumen terpenting dalam dunia Islam, beliau telah bertanya satu soalan kepada isterinya.

“Apa yang awak rasa, sayang?” Soalnya kepada isterinya. Jawapan isterinya membuatkan dirinya sebak.

“Saya berada di rumah. Saya berada di tempat yang sepatutnya saya berada,” jawab Alana.

Ketika berada dalam acara anjuran Faith Events Asia itu, beliau telah menitis air mata ketika menceritakan pengalaman tersebut.

“Alhamdulillah, selain melihat ibu saya menjadi seorang Muslim, ini merupakan salah satu detik terbaik dalam hidup saya,” ujarnya.

Sonny Bill Williams tunai janjinya untuk menemui peminatnya di Malaysia

BACA JUGA: Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam

Sebelum ini, bekas pemain kebangsaan New Zealand ini telah memuji adab kanak-kanak Malaysia ketika bersalaman dengannya di Tanah Suci Mekah pada Mei tahun lepas.

Semua kanak-kanak lelaki itu dilaporkan telah mencium tangannya sambil menatap kedua-dua matanya. Mereka membongkokkan kepala dan menyentuh bahagian belakang tangan Sonny dengan dahi mereka.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, perbuatan itu dilakukan apabila orang yang lebih muda ingin berjabat tangan dengan orang yang lebih tua.

Simbolik perbuatan ini adalah untuk menunjukkan rasa hormat terhadap mereka dan membuatkan Sonny merasa terkesima.

Menerusi ciapan tersebut, ada beberapa peminatnya yang mengajak bintang tersebut untuk datang ke Malaysia.

“In sha Allah, lokasi pelancongan keluarga saya seterusnya di Malaysia,” jawabnya pada 3 Mei 2023.

Tidak sampai satu tahun, beliau telah menunaikan janjinya untuk ke Malaysia dan sampai ke negara ini buat kali pertama pada 16 Februari lepas.

Untuk makluman, Sonny Bill Williams telah memeluk Islam pada 2009. Selain pernah terlibat dalam sukan ragbi, atlet berbadan sasa ini juga merupakan seorang atlet ahli tinju.

Selain daripada bidang sukan, hantaran media sosialnya yang berunsurkan nilai kekeluargaan sering popular dalam kalangan peminat.

Bekas pemain All Blacks itu juga sangat dikenali dengan kerja-kerja amal dan lantang mengenai hak asasi kemanusiaan.

BACA: Tambang RM5 Sehala Tren Shuttle Tebrau Untuk Warganegara Mulai 1 Ogos

Sumber: @SonnyBWilliams via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.