Siakap Keli

Crockfords Kekalkan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide Enam Tahun Berturut-turut

Crockfords Kekalkan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide Enam Tahun Berturut-turut

Genting Highlands, 19 Februari 2024 – Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi diangkat sebagai salah satu hotel dan hartanah paling cemerlang di dunia dengan mengekalkan penarafan 5 Bintang Forbes Travel Guide, menjadikan hotel tersebut memperoleh anugerah berprestij ini untuk tahun keenam berturut-turut.

Crockfords merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah berprestij 5 Bintang dan antara 340 hotel dan hartanah mewah di seluruh dunia yang diberikan pengiktirafan ini. Penghormatan tersenarai di antara hotel mewah terbaik di dunia mengesahkan status Crockfords sebagai penyedia dan peneraju penginapan mewah yang tidak dapat dipertikaikan dalam memberikan pengalaman peribadi tiada tandingan kepada tetamu.

Selain itu, daripada senarai 1,443 hartanah di seluruh dunia yang disenaraikan oleh Forbes Travel Guide tahun ini, hartanah RWG, Genting Grand diiktiraf sebagai Hartanah 4 Bintang Forbes dan Hotel Highlands sebagai Hartanah Forbes Disyorkan, menjadikannya tahun ketujuh hotel-hotel ini mengekalkan pengiktirafan masing-masing.

Forbes Travel Guide (FTG) mengesahkan kemewahan dan merupakan satu-satunya sistem penarafan global bebas untuk hotel mewah, restoran dan spa di seluruh dunia. Dinilai ketat melalui 900 piawaian yang teliti oleh pemeriksa pakar FTG, sesebuah hotel mestilah menawarkan pengalaman dan perkhidmatan tetamu yang luar biasa untuk memenuhi syarat untuk penarafan 5 Bintang.

Antara kriteria termasuklah perhatian yang sempurna terhadap perincian dan keghairahan untuk standard yang jitu dalam perkhidmatan peribadi, yang mana Crockfords berhasil menunjukkan kecemerlangan perkhidmatan yang melebihi jangkaan.

Terletak di kawasan tanah tinggi yang sejuk di tengah-tengah lampu terang hab hospitaliti dan hiburan terkenal Resorts World Genting, Crockfords adalah permata tersembunyi paling indah di Malaysia dan lambang kemewahan dan kemegahan dengan hiasan dalaman yang anggun yang diilhamkan oleh rumah-rumah agam London.

Hotel yang elegan ini menawarkan pemandangan indah hutan hujan di sekitarnya dan landskap pergunungan di semua 177 biliknya yang terdiri daripada 3 Villa, 19 Suite Signature yang menampilkan tiga tema unik, 13 Suite Junior dan 142 bilik Superior. Semua suite di Crockfords menonjolkan rasa kemewahan moden serta mempunyai mandian wap peribadi di dalam bilik dan lekapan tandas marmar Calacatta Yunani yang mewah, direka khas untuk Crockfords. Teknologi canggih juga disediakan di dalam bilik untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dengan sentuhan butang.

Sebaik tiba, tetamu akan disambut oleh penjaga pintu dan butler ke lobi yang luas dan mewah yang dipenuhi dengan lekapan pokok emas, perabot marmar mewah serta arca dan pameran seni indah yang memancarkan kelas dan gaya yang tiada tandingan.

Tetapi apa yang membezakan Crockfords dari hotel lain adalah yang hospitaliti unik melalui tempahan awal, layanan tersendiri dan sempurna yang tiada tandingan. Tertanam di dalam DNA dan secara semulajadinya, Crockfords menjanjikan pengalaman tetamu yang disesuaikan dengan teliti dan penjagaan intuitif mengikut keperluan dan keutamaan.

Dari menawarkan teh halia yang terkenal dengan manfaat kesihatan terutama untuk tetamu berusia sehinggalah kepada menyediakan kemudahan kanak-kanak seperti mainan untuk anak-anak tetamu, tetamu dari semua peringkat umur pasti akan menerima komitmen penuh perhatian dan bermakna yang melangkaui jangkaan tetamu daripada pekerja teladan Crockfords yang mudah didapati sepanjang masa.

“Kami sememangnya teruja untuk sekali lagi diiktiraf oleh Forbes Travel Guide sebagai hotel mewah bertaraf dunia setanding dengan yang terbaik di dunia,” kata David Leung Ming Sum, Naib Presiden Operasi Hotel, Resorts World Genting.

“Asas Crockfords adalah untuk menggembirakan dan melebihi jangkaan tetamu di semua titik perkhidmatan. Kakitangan kami mendalami ilmu dan berkemahiran tinggi dalam memberikan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan dengan standard hospitaliti tertinggi untuk para tetamu,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Crockfords dan kemas kini dan acara-acara terkini di Resorts World Genting, sila lawati rwgenting.com.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.