Siakap Keli
masalah power steering
Gambar: TikTok @altimatsaujana & Drivingtest

Nombor 4 Ramai Terlepas Pandang, Ini Tanda Awal ‘Power Steering’ Ada Masalah

Nombor 4 Ramai Terlepas Pandang, Ini Tanda Awal Power Steering Ada Masalah

Memandu sesebuah kenderaan dalam kualiti terbaik sememangnya menjadi aspek paling penting dan diingini oleh seorang pemandu. Ini kerana pemanduan yang optimum dapat memberikan rasa lebih selamat kepada pemandu.

Meskipun setiap pemandu mempunyai gaya pemanduan yang berbeza, tetapi pengetahuan am kenderaan juga perlu diketahui agar setiap kerosakan kereta dapat dikenal pasti dengan mudah.

Hal ini kerana, keadaan kereta perlu diperiksa secara berkala bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini sewaktu memandu di atas jalan raya.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan antara tanda awal kerosakan kereta anda pada power steering. Jom ikuti perkongsian Altimat Saujana Utama di akaun TikTok @altimatsaujana di bawah.

Lima Tanda Awal Masalah Power Steering

1. Bunyi Bising Ketika Membelok

Sekiranya power steering kereta anda mengeluarkan bunyi sewaktu membelok sama ada kiri ataupun kanan. Ketahui kereta anda mungkin dalam masalah.

Menurut lelaki dalam klip berkenaan, kebiasaannya, masalah ini berkemungkinan berpunca daripada power steering pump ataupun minyak power steering yang sudah kurang.

BACA: Suspek Kes Samun Wanita Di Kota Kinabalu Dalam Video Tular Ditahan-Polis 

2. Gegaran Pada Tayar

Gambar: TikTok @altimatsaujana

Jika tayar kereta mengalami gegaran ia mungkin disebabkan oleh masalah tayar ataupun rim kereta. Bukan itu sahaja, masalah ini juga boleh terjadi akibat kerosakan pada komponen mekanikal power steering rack kereta.

3. Kebocoran Minyak Power Steering 

Masalah ketiga ini lazimnya terlepas pandang oleh pemandu, iaitu kebocoran minyak power steering.

Seperti yang dimaklumkan mengenai bunyi yang dihasilkan oleh power steering, perkara ini boleh membawa kepada kebocoran minyak power steering.

Oleh itu, pemandu perlu menyemak pada bahagian hos power steering dan revoir tank kereta jika berlaku kebocoran.

4. Perubahan Minyak Power Steering

Gambar: TikTok @altimatsaujana

Seperti yang sedia maklum, minyak power steering pasa awalnya berwarna jernih.

Jika ia berubah kepada warna yang lebih gelap, bermakna minyak tersebut sudah lama digunakan dan perlu ditukar dengan kadar segera.

5. Susah Membelok

masalah power steering
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Sewaktu memandu, jika anda merasakan kesukaran membelokkan steering kereta (berat), ketahui kereta anda mungkin berdepan masalah.

Kata lelaki dalam klip tersebut, masalah ini kebiasaannya berpunca daripada power steering pump ataupun power steering rack

Semoga bermanfaat

@altimatsaujana

5 tanda awal power steering ada masalah! #altimatautoexpert #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretasaujanautama #bengkelbumiputera #bengkel #bengkelrepair #automotif #servicekereta #bengkelkereta #repairkereta #powersteering #bengkelrepairkereta #fypage #fyp

♬ Epic Inspiration – DM Production

Sumber: TikTok @altimatsaujana

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: