Avenged Sevenfold “Mendarat” Di Jakarta Mei Ini
Penantian bagi peminat muzik metalcore akhirnya berakhir selepas ahli kumpulan heavy metal, Avenged Sevenfold bakal menjadikan Indonesia sebagai destinasi perhentian mereka di Asia.
Menurut laman web Avenged Sevenfold Jakarta, konsert kumpulan bakal diadakan di Stadium Madya Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 25 Mei 2024, satu-satunya di Asia.
Difahamkan tiket konsert berkenaan hanya dapat dibeli menerusi laman web berkenaan dan dijual pada tanggal 29 Februari ini.
Setiap harga tiket adalah berbeza mengikut jenis kedudukan.
Terdapat lima peta tempat duduk yang ditetapkan iaitu CAT 1 dengan harga Rp 2,600,000 (RM796), CAT 2 sebanyak Rp 1,900,000 (RM582) , CAT 3 Rp 1,350,000 (RM413), CAT 4 Rp 2,250,000 (RM689) dan CAT 5 Rp 1,600,000 (RM490).
BACA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni
Pelan Peta Kedudukan Lokasi
Berhubung pemetaan kedudukan tempat duduk pentas, anda boleh layari laman web atau lihat di bawah.

Sehubungan itu, para peminat jangan lupa tarikh pembelian tiket untuk melihat kumpulan muzik kesayangan di depan mata.
BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah
Avenged Sevenfold
Untuk makluman, Avenged Sevenfold merupakan salah satu ahli kumpulan muzik metalcore yang berjaya pada awal abad ke-21.
Kumpulan muzik dari Huntington Beach, California itu membawakan lagu-lagu jenis heavy metal.
Antara lagu paling popular kumpulan ini termasuklah Dear God yang salah satu karya metalcore terbaik sepanjang zaman. Meskipun judul itu diterbitkan pada 2007, ia kekal sebagai salah satu lagu hits terbaik kumpulan itu.
Avenged Sevenfold bukan sahaja terkenal, tetapi ia mempunyai pengikut terbesar di Asia dan Indonesia.
Sering mempromosikan album mereka dengan mengadakan konsert jelajah, ia mengumumkan bakal memulakan jelajah 2024 mereka bermula di Amerika Utara.
“Tahun ini, Avenged Sevenfold hanya akan berada di Asia atau lebih tepat di Indonesia sahaja. Kumpulan itu bakal bertemu dengan peminat Indonesia buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun,” maklum laman web tersebut.
Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai terma dan syarat konsert, boleh layaran laman web rasmi Avenged Sevenfold Jakarta.
BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia
Sumber: a7xjakarta.com