Lebih 25,000 Pengunjung “Banjiri” Melaka Semalam
Puluhan ribu pengunjung dilaporkan membanjiri negeri Melaka bersempena hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 pada 20 Februari (Selasa) semalam.
Menurut Muzium & Galeri Melaka dalam satu perkongsian di Facebook rasmi, seramai 28,648 orang pengunjung hadir berkunjung ke rangkaian muzium-muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) selepas diberikan kemasukan secara percuma bersempena hari itu.
“Terima kasih kepada semua yang mengunjungi rangkaian muzium-muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada hari ini. Jangan lupa datang lagi di masa akan datang.
“Terima Kasih,” maklum muzium itu di platform berkenaan.

Sementara itu, Melaka Hari ini turut melaporkan jumlah pengunjung di beberapa lokasi pada semalam. Berikut adalah jumlah kehadiran pengunjung di Melaka.
Bagi Zoo Melaka, lokasi itu mencatatkan seramai 30,510 orang manakala Melaka River Cruise merekodkan 8,396 orang dengan 212 perjalanan.
Selain itu, seramai 4,289 orang dilaporkan hadir ke Menara Taming Sari semalam, Balai Cerap Al-Khawarizmi pula dikunjungi 3,500 orang.
Malaysia Heritage Studios tidak kurang hebatnya dengan mencatatkan 6,000 pengunjung selain Muzium Penjara Malaysia, 11,371 pengunjung dan Taman Laut Melaka 1,550 pengunjung.
BACA: Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta
Disamping itu, Kelab Golf Melaka pula menerima kehadiran 809 orang dengan kesemua pengunjung hadir memasuki lokasi-lokasi tarikan pelancong itu bermula 9 pagi hingga 5 petang.
“Tahniah dan terima kasih orang Melaka! Terima kasih pelancong dan pengunjung semua!” katanya.
https://www.facebook.com/MelakaHariIniOfficial/posts/pfbid02XPJdGiqq95rLsn13FprdSn7U5j5Zr3hsoZDkYdCmw4PHoQHNuJUccTfyrjDdEXGCl
Semalam SK melaporkan orang ramai berpusu-pusu ke 11 lokasi tarikan di negeri berkenaan.
Hasil tinjauan di media sosial mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang termasuk membawa keluarga berkunjung ke bandar bersejarah itu sempena cuti umum.
“Melaka Sesak”
Sekitar jam 7.30 pagi tadi, orang ramai dilihat sudah beratur panjang untuk memasuki 11 lokasi yang dibuka secara percuma yang dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri.
Biarpun cahaya matahari sudah mula ‘menyuluh’, mereka dilihat teguh beratur dalam keadaan terkawal.
Antara lokasi yang diberikan pelepasan percuma termasuklah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland & Theme Park, Taman Laut Negeri Melaka, lima kelab golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studios.
Sumber: Melaka Hari Ini, Muzium & Galeri Melaka