Pekerja Kuwait Bakal Nikmati Waktu Kerja 4 Jam Sehari Sepanjang Ramadan
DUBAI — Menjelang ketibaan bulan suci Ramadan, Kerajaan Kuwait mengumumkan pengurangan waktu bekerja kepada empat jam sehari beserta tempoh penangguhan, lapor Gulf News.
Difahamkan, pekerja wanita diberikan tempoh penangguhan selama 15 minit dua kali sehari pada permulaan bekerja dan pengakhiran waktu.
Perkara ini membolehkan mereka masuk lewat dan pulang awal mengikut tempoh yang ditetapkan.

BACA: Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta
Manakala penjawat lelaki pula bakal menikmati waktu bekerja selama empat jam 15 minit termasuk satu tempoh penangguhan pada awal hari.
Bagaimanapun, mereka bekerja 15 minit lewat selepas waktu bekerja berbanding pekerja wanita, lapor Dhaka Tribune.
Keputusan itu diputuskan selepas semakan penilaian prestasi pekerja bagi tahun 2023 oleh Sektor Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC).
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan memberikan fleksibiliti kepada pekerja sepanjang bulan Ramadan.
Penolong Setiausahanya, Salah Khaled Al Saqabi turut mengesahkan, mana-mana pekerja yang layak akan menerima bonus berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang Ramadan. Ia selepas peruntukan belanjawan yang dibentangkan bagi tahun 2023/2024.
BACA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni
“Kebanyakan kementerian, insitusi awam dan agensi kerajaan telah memuktamadkan laporan prestasi dengan menekankan kepentingan dalam melengkapkan semakan sebelum belanjawan baharu yang bakal diusulkan pada 1 April ini.
“Setiap agensi kerajaan bakal mempunyai autonomi untuk menentukan waktu kerja dan syif yang sesuai dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC) meluluskan waktu bekerja yang ditetapkan.
“Selain itu, tempoh penangguhan selama 15 minit pada waktu pagi akan dikekalkan untuk semua pekerja, bagi membolehkan pekerja menepati masa meninggalkan kerja 15 minit lebih awal.
“Dalam perjanjian itu turut menetapkan tempoh maksimum dua jam dan minimun satu jam untuk sebahagian ketidakhadiran yang dibenarkan sepanjang bulan itu,” katanya.
Sumber: Gulf News, Dhaka Tribune