Siakap Keli
pelancong thailand wang tunai
Gambar: Travelfish via The Thaiger

Pelancong Ke Thailand Perlu Bawa Minimum Wang Tunai RM1,992

Pelancong Ke Thailand Perlu Bawa Minimum Wang Tunai RM1,992

BANGKOK — Pelancong luar perlu membawa sejumlah wang tunai sekurang-kurangnya RM1,992 sewaktu melancong ke Thailand, lapor The Thaiger.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia di Bangkok, Dewi Lestari dalam satu temu bual eksklusif dengan rangkaian Indonesia RRI.

Jelas beliau, peraturan ini terpakai kepada semua pelancong tanpa mengira kewarganegaraan, di mana mereka perlu menunjukkan bukti kewangan bagi mengelakkan daripada risiko tidak dibenarkan masuk.

“Ramai rakyat Indonesia mengadu kerana dilarang masuk ke sempadan, mendorong kedutaan kami mengeluarkan peringatan penting ini,” katanya berhubung syarat ketat kemasukan ke Thailand.

Menurut senarai semak kedutaan, bakal pelancong perlu menyediakan keperluan termasuk pasport yang sah, tiket pergi balik dan bukti penginapan hotel.

BACA: Bekas Bintang All Blacks Sertai 5,000 Jemaah Solat Subuh Macam Jumaat Di Putrajaya

Selain itu, pelancong juga perlu memaparkan bukti kemampuan kewangan sewaktu berada di Thailand dengan membawa wang yang mencukupi.

Di bawah Bab 2, Seksyen 12, Akta Imigresen Thailand 1979, pelancong yang gagal memenuhi kriteria tertentu berisiko ditolak masuk, terutamanya jika mereka tidak mempunyai dana yang tidak mencukupi, lapor World of Buzz.

Mengulas lebih lanjut mengenai penelitian yang lebih intensif oleh imigresen Thailand, Lestari berkata pihak berkuasa itu bakal mengambil tindakan keras terhadap sebarang penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia.

BACA JUGA: Thailand Pertimbang Rendahkan Had Umur Kesalahan Jenayah Kepada 14 Tahun

BACA: Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti

“Walaupun dalam undang-undang tidak menyatakan jumlah tetap, namun berdasarkan data pengembara perlu membawa sekurang-kurangnya 15,000 baht (RM1,992) untuk yang melancong secara berseorangan.

“Manakala 20,000 baht (RM2,659) bagi berkumpulan atau berkeluarga,” katanya.

Lestari turut menasihatkan kepada semua pelancong melengkapkan dokumen diri yang diperlukan dan memastikan mereka membawa wang tunai minimum bagi mengelakkan diri tidak benarkan masuk sempadan.

Sebelum ini, Gabenor TAT Thapanee Kiatphaibool melaporkan pelancong dari Malaysia muncul sebagai pelawat terbanyak yang melawat Thailand dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong pada 2023, lapor Bernama.

Sumber: The Thaiger

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?