Siakap Keli
jepun bahasa melayu
Gambar: TikTok @dari_malaysia_

Santai Temu Bual Dalam Bahasa Melayu, Dua Warga Jepun “Pikat” Hati Warga Maya

Santai Temu Bual Dalam Bahasa Melayu, Dua Warga Jepun “Pikat” Hati Netizen

Seperti kita ketahui, rata-rata penduduk negara Jepun sememangnya cukup sinonim dengan budaya kesantunan, sikap rajin dan berdisiplin tinggi.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengangkat bahasa ibunda mereka. Namun, disebabkan ini, jarang sekali untuk melihat rakyat Jepun menggunakan bahasa selain daripada bahasa Jepun.

Baru-baru ini, tular satu video temu bual memaparkan seorang lelaki warganegara Jepun bersama seorang lagi rakan senegaranya, berbual menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Menerusi klip yang dimuat naik di akaun TikTok @dari_malaysia_, pempengaruh dari Jepun, Kouji sempat menemu bual salah seorang penduduk Jepun.

Dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada wanita berkenaan termasuklah soalan ‘adakah dia menyukai Malaysia?’.

Menurut wanita tersebut, dia sangat menyukai negara dari Asia Tenggara itu dan pernah menetap di Dungun Terengganu selama tujuh bulan.

Gambar: TikTok @dari_malaysia_

“Masa saya duduk kat Malaysia, saya bekerja sebagai pembantu kepada guru Bahasa Jepun. Saya juga mengajar dekat sekolah tinggi (menengah) di Malaysia,” jawabnya.

Berkongsi mengenai pengalamannya selama berada di bumi Malaysia, dia berkata dirinya gembira kerana dapat menjalinkan hubungan baharu dengan penduduk di sana.

BACA: Tindakan Penyokong Ragbi Jepun Kutip Sampah Lepas Tamat Perlawanan Berjaya Raih Perhatian

Walau bagaimanapun berbezaan dialek khususnya di negeri Pantai Timur itu sedikit membataskannya dalam komunikasi.

“Macam keluarga, semua cikgu di sekolah yang saya kerja dan pelajar-pelajar semua sangat baik dan saya sayang mereka.

“Pengalaman pahit tiada, tapi satu perkara yang saya rasa susah adalah ada loghat di Terengganu.

“Jadi, kadang-kadang komunikasi antara mereka susah sikit,” ujarnya lagi.

Gamba: TikTok @dari_malaysia_

Ditanya mengenai dialek Terengganu, wanita berkenaan menjelaskan sempat belajar beberapa loghat negeri itu sebelum pulang.

“Sikit-sikit, tapi tidak pandai nak cakap (dialek Terengganu). Ok.. comel lote,” luahnya. ‘

Netizen Terkejut Fasih Bahasa Melayu Rupanya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut rakyat Jepun fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Tambahan lagi, segelintir mereka turut memuji kedua-dua individu terbabit. Berikut adalah beberapa komen;

“Tujuh bulan dduduk malaysia pun fasih. Ini 70 tahun pun tidak sepandainya,” komen salah seorang penguna.

“Biar betul, mudahnya orang Jepun cakap Melayu,” komen pengguna lain.

Untuk video penuh, boleh tonton di bawah.

@dari_malaysia_

Saya dapat interview wanita Jepun yang fasih berbahasa melayu!! #malaysiatiktok #fyp #koujijepun

♬ original sound – 【Dari Japan】 – 【Dari Japan】

Sumber: TikTok @dari_ malaysia_

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: