Pilih Nak Terima Panggilan Dari Siapa Walau Dalam Mod DND, Ini Caranya
Mod Do Not Disturb (DND) adalah satu fitur yang ditawarkan pada peranti pintar untuk memastikan anda fokus ketika menjalankan urusan penting.
Jika anda menghidupkan tetapan ini, telefon anda tidak akan memaparkan sebarang notifikasi. Perkara ini termasuklah panggilan telefon yang mungkin akan mengganggu anda untuk menjalankan urusan penting.
Sungguhpun begitu, ada masanya kita tidak mahu terlepas panggilan penting daripada orang tersayang. Oleh itu, Apple telah membenarkan pengguna iPhone untuk menerima panggilan dan mesej daripada orang kesayangan anda, walaupun mod DND sedang aktif.
Mendapat panggilan daripada sekumpulan kenalan
Sejak kemaskini iOS 12, anda boleh memasukkan sekumpulan kenalan sebagai pengecualian daripada mod ini dengan mudah. Caranya adalah dengan membuka pada bahagian ‘Settings’ dan pilih ‘Do No Disturb’.
Hidupkan ‘Do Not Disturb’ dan pergi ke bahagian ‘Phone‘ untuk memilih ‘Allow Calls From‘. Menerusi tetapan ini, anda boleh menerima panggilan daripada semua orang (Everyone), tiada sesiapa (No One) atau kenalan yang ditetapkan sebagai Favourite Contact.



Anda boleh memilih sekumpulan contacts yang dicipta menerusi iCloud pada semua peranti iOS anda.
Mendapat panggilan dari individu tertentu
Jika anda ingin mendapat notifikasi panggilan daripada kenalan tertentu tetapi mereka tidak berada dalam senarai Favourite, anda masih boleh membuat pengecualian bagi mod DND secara perseorangan.
Buka bahagian Contacts dan pilih kad kenalan yang diingini. klik ‘Edit’ pada bahagian penjuru kanan atas kad kenalan anda. Tatal skrin sehingga menjumpai bahagian ‘Ringtone’.
Seterusnya, aktifkan bahagian ‘Emergency Bypass’. Ini akan membenarkan panggilan daripada kenalan yang dipilih ketika mod DND diaktifkan.



Sebelum anda tekan pada bahagian ‘Done’, mungkin anda akan berfikir sejenak. Anda mungkin tidak mahu terlepas panggilan penting, pada masa yang sama anda tidak mahu menganggu urusan yang penting seperti majlis rasmi ataupun mesyuarat.
Bagi tujuan ini, anda boleh menetapkan nada dering yang lebih perlahan dan tidak rancak atau bunyian ringkas, sekadar untuk memaklumkan bahawa individu berkenaan sedang menelefon anda.
Selain panggilan, anda juga boleh membenarkan notifikasi mesej daripada kenalan yang dipilih ketika mod DND diaktifkan.
Caranya adalah dengan pergi ke kad kenalan yang diinginkan, pilih ‘Edit’ disusuli dengan ‘Text tone’. Sama seperti panggilan, anda boleh mengaktifkan ‘Emergency Bypass’ dan menetapkan nada dering khas atau mod gegaran bagi memaklumkan anda berkenaan notifikasi mesej daripada kenalan yang dipilih.
Dengan cara ini, panggilan daripada individu penting, walaupun tidak disetkan sebagai ‘Favourite’ akan dimaklumkan kepada anda, sama ada mod DND diaktifkan ataupun sebaliknya.
BACA: Tak Perlu Bawa Ke Bilik Air, Lelaki Tunjuk Cara Mandikan Pesakit Terlantar
Sumber: The Verge