Putrajaya, 27 Februari – Pasukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) berjaya membanggakan negara di pentas antarabangsa apabila memenangi 8 pingat emas dan 6 pingat perak dalam pertandingan antarabangsa WA State Track & Field Championships 2024 di Perth, Australia.
Dalam pertandingan antarabangsa yang berlangsung pada 22-25 Februari 2024 ini, pasukan negara diwakili oleh 12 orang atlet murid terbaik dari seluruh negara dan tiga orang pegawai.
Pasukan negara berjaya meraih pingat emas menerusi:
1. Muhammad Faheem Haziq bin Mohd Hasrul, 3000M Jalan Kaki Lelaki Bawah 15 Tahun
2. Muhamad Thaqif Ukasyah bin Mohd Rady, Lompat Tinggi Lelaki Bawah 14 Tahun
3. Randy Ryann Samson, Lompat Kijang Lelaki Bawah 16 Tahun
4. Amirul Syakir bin Mohd Hanafi, 100M Lelaki Bawah 15 Tahun
5. Wan Muhammad Hariz bin Wan Mohd Hafiz, 100M Lelaki Bawah 16 Tahun
6. Mohammad Syahzwan bin Willian, Lontar Peluru Lelaki Bawah 15 Tahun
7. Nurelfira Humaira binti Mohd Yusof, 80M Lari Berpagar Perempuan Bawah 14 Tahun
8. Amirul Syakir bin Mohd Hanafi, 200M Lelaki Bawah 15 Tahun
Manakala pingat perak negara pula berjaya diraih menerusi:
1. Nurelfira Umaira binti Mohd Yusuf, 200M Lari Berpagar Perempuan Bawah 14 Tahun
2. Mohammad Syahzwan bin Willian, Lempar Cakera Lelaki Bawah 15 Tahun
3. Randy Ryann Samson, Lompat Jauh Lelaki Bawah 15 Tahun
4. Muhammad Syukri bin Nazim Mydin, 800M Lelaki Bawah 16 Tahun
5. Nur Aina Aleefa binti Zukli, Lempar Cakera Perempuan Bawah 14 Tahun
6. Muhamad Thaqif Ukasyah bin Mohd Rady, 90M Lari Berpagar Lelaki Bawah 14 Tahun.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam usaha membangunkan potensi dan bakat murid dalam sukan. Ini dilaksanakan menerusi pertandingan di pelbagai peringkat serta program sukan berimpak tinggi di 5 buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM), 15 buah Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan 612 buah Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara.