Siakap Keli
Tentera AS Aaron Bushnell
Kredit: AFP

Tentera AS, Aaron Bushnell Bakar Diri Depan Kedutaan Israel

Tentera AS, Aaron Bushnell Bakar Diri Depan Kedutaan Israel

Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Aaron Bushnell maut dipercayai selepas membakar dirinya sendiri di luar bangunan kedutaan Israel di Washington dalam satu protes berhubung situasi di Gaza, jelas Tentera Udara AS pada Isnin.

Tindakan mengejutkan itu merupakan kemuncak bagi beberapa protes yang dijalankan di seluruh AS bagi mengecam tindakan Israel ke atas Gaza.

Selain itu, protes tersebut juga turut diadakan untuk mengecam tindakan AS memberi sokongan kepada Israel yang membuat serangan balas terhadap serangan Hamas yang dilancarkan 7 Oktober 2023, lapor AFP.

Ketika kejadian tersebut berlaku pada Ahad lepas, petugas kecemasan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

Menurut Jabatan Bomba di Washington, pihaknya menerima panggilan berkenaan seorang individu yang ‘diselubungi’ api di luar kawasan Kedutaan Israel.

Tentera AS bakar diri

Aaron menjerit ‘Free Palestine’ semasa membakar dirinya. Rakaman tindakan lelaki berkenaan telah menjadi tular di media sosial.

Kemudian, Aaron telah dikejarkan ke hospital atas kecederaan yang mampu mengancam nyawanya, kata pihak bomba.

Manakala, jurucakap Tentera Udara AS pada pagi Isnin berkata, Aaron telah meninggal dunia pada malam Ahad.

Pada masa yang sama, jurucakap bagi Kedutaan Israel memaklumkan tiada stafnya yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Sebelum ini, video yang memaparkan aksi lelaki itu dilaporkan mula dikongsi menerusi satu siaran langsung di platform sosial, Twitch.

Dalam video berkenaan, Aaron telah mengenakan pakaian seragam tentera dan mengisytihar dirinya tidak akan terlibat dalam apa-apa berkaitan genosid.

Tindakan ini dilakukan sebelum dia bertindak menuangkan cecair pada badannya dan membakar dirinya sambil menjerit ‘Free Palestine!’ sehingga dirinya rebah.

Setakat ini, angka kematian di Gaza telah hampir mencecah 30,000 orang, lapor Kementerian Kesihatan di Gaza, Perkara ini telah memberikan tekanan besar kepada AS untuk tidak bersekutu dengan Israel dan menggesa agar gencatan senjata dilakukan dengan kadar segera.

BACA: Puasa Dah Nak Dekat, Ambil Tahu Siapa Golongan Wajib Bayar Fidyah

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.