Perasan atau tidak, sewaktu individu dalam proses membeli kenderaan (pinjaman), pelbagai insurans ditawarkan terhadap kenderaan (insurans kereta). Antaranya adalah Kurnia, Zurich, Etiqa dan banyak lagi.
Namun, pernah tak korang dengar mengenai insurans autolife? Tentunya, ramai yang tertanya-tanya mengenai fungsi insurans ini. Jadi, SK hari ini akan berkongsikan mengenai insuran autolife ini di bawah.
Apa itu Insurans Autolife?

Insurans autolife adalah takaful khas untuk kereta sekiranya pemilik kenderaan secara pinjaman bank meninggal dunia atau jatuh dan hilang keupayaan untuk meneruskan bayaran.
Takaful ini memberikan pelbagai manfaat kepada pemilik termasuk ahli keluarga.
Syarat Kelayakan Insurans Autolife
Tentunya anda tertanya-tanya kriteria untuk mendapatkan insuran bukan?
Pemilik mestilah berumur lingkungan 19 hingga 60 tahun. Sekiranya umur peminjam melebihi 60 tahun, pihak bank secara automatik tidak akan menawarkan mana-mana insuran kereta.
Selain itu, mereka juga perlu mempunyai pinjaman yang masih aktif dengan pihak bank bagi membolehkan pembelian ini dijalankan.
Manfaat Insurans Autolife
Kenapa insurans ini tidak membebankan ahli keluarga jika pemilik kereta meninggal dunia?
Hal ini kerana, jika pemilik yang mendaftar insurans autolife meninggal, pihak keluarga tidak perlu membayar lebihan atau baki bayaran kereta.
Sebaliknya, waris akan mendapat kenderaan tersebut secara percuma tanpa memikirkan bayaran ansuran bulanan.
Menariknya, bayaran insurans autolife ini juga hanya perlu dibayar sekali seumur hidup mengikut tempoh pembayaran kereta dan ia tidak perlu diperbaharui mengikut bulan atau tahun.
Pelan Insurans Autolife Ni Cover Apa Je?

Insurans ini melindungi pemilik kenderaan yang meninggal dunia, jatuh sakit atau hilang keupayaan untuk bekerja (tidak mampu membayar pinjaman kereta).
Oleh itu, kenderaan tersebut akan dibayar oleh pihak bank tanpa bimbang kenderaan akan ditarik akibat tidak dapat membayar ansuran.
BACA: Ambil Tahu, Ini Maksud Simbol-Simbol Pada Meter Kereta
Secara asasnya, kenderaan yang dilindungi oleh insuran ini akan diserahkan kepada pemegang polisi (pemilik) jika pemegang polisi menghidap sakit kronik dan tidak berupaya mencari nafkah.
Manakala, jika pemegang polisi meninggal dunia, kenderaan tersebut akan diserahkan secara percuma kepada ahli keluarga.
Walau bagaimanapun, harga ini insurans ini adalah berbeza dan bergantung kepada syarikat insurans berkenaan kerana mengambil kira faktor umur, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan dan lain-lain meskipun membeli model kereta yang sama.
Insurans ini adalah berasingan dengan proses bayaran pinjaman kereta. Oleh itu, anda perlu mendaftar bagi menikmati manfaat insurans ini.
Macam Mana Nak Daftar Insurans Ni?
Kebiasaannya, insurans ini akan ditawarkan kepada pembeli sewaktu menandatangi urusan jual beli kereta.
Kalau Dah Beli & Pakai Kereta Berapa Tahun, Tapi Baru Nak Beli Insurans Autolife Boleh Ke?

Sebenarnya boleh sahaja. Untuk pengetahuan, sepanjang tempoh pinjaman kereta berlangsung, pemilik boleh membeli insuran ini menerusi bank (yang meluluskan pinjaman anda).
Pemilik hanya perlu pergi ke cawangan bank berhampiran bagi membuat pembelian insurans autolife pada bila-bila masa.
Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman menerusi bank CIMB, anda perlu ke cawangan CIMB juga untuk membuat insurans ini.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Proton