Siakap Keli
e-filing bermula hari ini
Gambar: Bernama

e-Filing Bermula Hari Ini, Pastikan Ikut Tempoh Yang Ditetapkan

e-Filing Bermula Hari Ini, Pastikan Ikut Tempoh Yang Ditetapkan

Bermula hari ini, 1 Mac 2024, orang ramai yang layak membayar cukai sudah mula boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian atau e-Filing melalui Portal MyTax.

Menurut LHDNM, pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan ini secara terus ke portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASil https://www.hasil.gov.my/. Di laman web itu, anda boleh pergi ke bahagian MyTax dan seterusnya tekan Perkhidmatan ezHasil dan pilih e-Filing.

BACA: “Step by Step”, Cara Nak Isi E-Filing Cukai Buat Kali Pertama

“Manakala, bagi Ejen Cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAef) versi 2.0 menerusi capaian https://taef.hasil.gov.my/ bagi tujuan ini,” kata LHDN.

Sementara itu, pembayar cukai dinasihatkan membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023.

Bagi pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax, anda perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal MyTax.

Caranya adalah dengan Pilih Jenis Pengenalan dan tulis Nombor Pengenalan terbabit. Setelah itu boleh tekan Hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).

“Bagi pembayar cukai yang memilih menu e-KYC, aplikasi MyTax perlu dimuat naik di telefon bimbit bagi tujuan pengesahan identiti berdasarkan padanan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar.

“Manakala melalui menu e-CP55D, pembayar cukai perlu melengkapkan permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian dengan memasukkan alamat e-emel aktif berserta muat turun dokumen pengenalan.

“Pautan pengaktifan akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai sekiranya pendaftaran berjaya,” kata kenyataan itu.

BACA: Mungkin Ramai Yang Belum Tahu, Ini Panduan Lengkap Cara Untuk Isi E-Filing

Jika anda terlupa kata laluan, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan dengan log masuk ke Portal MyTax dan Pilih Jenis Pengenalan serta tulis Nombor Pengenalan. Selepas itu tekan Hantar dan Lupa Kata Laluan dan seterusnya pilih Medium Set Semula.

Bagaimanapun, sekiranya masih menghadapi masalah berhubung kata lalun itu, anda boleh merujuk kepada panduan terlupa kata laluan yang disediakan di Portal MyTax. Anda juga boleh menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-89111000 (Dalam Negara)/ 603-89111000 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat.

Anda juga turut dinasihatkan untuk mengemukakan BN dan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Gambar: LHDN
Gambar: LHDN

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.