Siakap Keli
sabitan bersalah paul yong
Gambar: Bernama

Sabitan Bersalah Paul Yong Kekal, Hukuman Penjara Dikurangkan

Sabitan Bersalah Paul Yong Kekal, Hukuman Penjara Dikurangkan

PUTRAJAYA, 1 Mach (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong atas kesalahan merogol pembantu rumahnya, lima tahun lepas.

Dalam keputusan majoriti 2 – 1, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel dengan Hakim Datuk Azman Abdullah mengesahkan Yong disabitkan bersalah, manakala Hakim Datuk S.M. Komathy Suppiah menentang keputusan itu.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi di Ipoh, Perak mendapati Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh antara pukul 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman selepas peguam Yong, Datuk Rajpal Singh memberitahu mereka berhasrat merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.

Ketika membacakan keputusan majoriti, Hakim Azman berpendapat bahawa hakim bicara tidak terkhilaf dalam keputusannya mensabitkan perayu (Yong).

“Kami mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi yang arif tidak akan terkhilaf dalam keputusannya. Kami juga mendapati tiada merit dalam rayuan perayu. Kesalahan telah dibuktikan dan keputusan Mahkamah Tinggi disahkan. Justeru, kami menolak rayuan terhadap sabitan,” katanya.

Menurut Hakim Azman, hakim bicara Mahkamah Tinggi turut mendapati mangsa ialah seorang saksi yang boleh dipercayai.

“Hakim bicara mendapati bahawa perayu mempunyai peluang untuk merogol mangsa ketika dia bersendirian,” katanya.

BACA: Rogol Pembantu Rumah: ADUN Tronoh Paul Yong Dihukum Penjara 13 Tahun, Dua Sebatan

Sumber: Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.