Siakap Keli
nozel pam minyak
Kredit: AFP

Macam Mana Nozel Pam Tahu Minyak Dalam Tangki Dah Penuh & Berhenti Sendiri? Ini Jawapannya

Macam Mana Nozel Pam Tahu Minyak Dalam Tangki Dah Penuh & Berhenti Sendiri? Ini Jawapannya

Pernah tak secara spontan, anda terfikir bagaimana sesuatu sistem atau benda yang anda lihat setiap hari, berfungsi ataupun dicipta?

Misalnya, ketika mengisi minyak, pernah tak anda terfikir bagaimana nozel pam mengetahui minyak dalam tangki sudah penuh dan berhenti sendiri?

Kadang kala, pertanyaan-pertanyaan ini muncul di benak fikiran ketika kita melihat sesuatu sistem berfungsi, kan? Boleh jadi juga, persoalan itu timbul saat kita sedang berbaring, hendak melelapkan mata.

Mujur pada zaman yang serba moden ini, semua maklumat ada di hujung jari dan boleh diperoleh di mana sahaja kita berada.

Menurut How Stuff Works, proses yang berlaku dalam nozel pam minyak adalah sepenuhnya proses mekanikal dan bijak.

Apa yang mengagumkan, mekanisme di sebalik sistem ini bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu lagi.

Apa itu Efek Venturi

Nozel pam minyak dicipta dengan sistem injap istimewa yang secara automatik dapat mengesan apabila paras minyak dalam tangki sudah menyentuh hujung nozel.

Mekanisme yang terlibat dalam sistem ini pula dipanggil sebagai Efek Venturi.

Efek Venturi adalah prinsip dinamik bendalir yang berlaku apabila bendalir melalui bahagian paip yang sempit, menyebabkan perubahan tekanan pada bendalir.

Untuk pengetahuan anda, Efek Venturi ditemukan oleh seorang ahli fizik Itali, Giovanni Venturi pada tahun 1797.

Sebenarnya, banyak objek dalam kehidupan seharian kita yang menggunakan aplikasi berasaskan konsep perbezaan tekanan bendalir.

Antaranya ialah penyembur minyak wangi, karburetor motorsikal dan pembersih vakum.

Cara nozel pam berfungsi di stesen minyak

Menurut portal HowStuffWorks lagi, terdapat lubang kecil pada hujung nozel yang disambungkan ke satu komponen pada hujung pemegang melalui paip kecil. Penyedutan yang berlaku dalam paip ini menggunakan Efek Venturi.

Ketika tangki belum penuh, udara disedut keluar melalui lubang kecil berkenaan oleh vakum dengan mudah.

Apabila minyak dalam tangki naik cukup tinggi hingga menutup lubang berkenaan, rantaian sistem mekanikal pada pemegang akan merasa perubahan berlaku pada sedutan udara.

Kemudian, sistem berkenaan secara automatik akan membalikkan muncung dan menutup nozel.

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut.

BACA: Tak Sangka, Ini Yang Akan Berlaku Kalau Tiada Tahun Lompat

BACA: Peniaga Maut Ketika Berkonvoi

Sumber: How Stuff Works, Study Smarter

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.