Siakap Keli
freekick messi terkena bayi
Gambar: X @TrollFootball

 ‘Freekick’ Messi Tersasar, Terkena Bayi Di Belakang Gawang Gol

‘Freekick’ Messi Tersasar, Terkena Bayi Di Belakang Gawang Gol

Seorang bayi perempuan berdepan pengalaman pahit apabila bola sepakan percuma pemain bintang Argentina, Lionel Messi singgah ke arahnya.

Kejadian tersebut sempat dirakamkan oleh salah seorang penonton yang berada di tempat duduk itu sebelum tular di media sosial.

Insiden itu berlaku sewaktu perlawanan liga Amerika Syarikat (MLS) membabitkan pertemuan Inter Miami dan Orlando City semalam.

Difahamkan, bayi berkenaan berada tepat di belakang gawang gol sewaktu minit-minit terakhir perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, sewaktu bekas pemain Barcelona itu mengambil sepakan percuma. Bola berkenaan melewati palang gol dan terkena bayi terbabit.

Dalam klip dikongsikan di platform X itu mendedahkan, bayi berkenaan soalah-olah ingin menangis namun segera dipujuk oleh individu dipercayai penjaganya.

Video berkenaan telah mendapat lebih 9.8 juta tontonan dengan 51 tanda ‘Suka’ sewaktu artikel ini ditulis.

BACA: Derbi Manchester: Ten Hag Puji Semangat Juang United

Inter Miami Kenduri Gol Belasah Orlando City

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chase Stadium, pasukan di puncak liga itu membenam Orlando City dengan kemenangan 5 gol tanpa balas.

Kesemua gol itu masing-masing dijaringkan oleh Luis Suarez (dua gol), Robert Taylor (1 gol) dan Messi (dua gol).

Pasukan itu kini berada dipuncak liga dengan mengumpul 7 mata selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan.

Rembatan Ronaldo Terkena Kepala Jurukamera

Sebelum ini, sepakan percuma pemain bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dilaporkan tersasar dan terkena seorang jurukamera yang bertugas dalam perlawanan Liga Pro Arab Saudi itu.

Kejadian itu turut dirakam oleh penonton dan viral di media sosial.

Dalam pada 16 September lalu Al-Nassr telah melayani kunjungan Al-Raed di Stadium Raja Abdullah di Buraida.

Sewaktu kejadian, jurukamera berkenaan berada di belakang gawang gol Al-Raed sementara sedang bersiap sedia untuk mengambil sepakan percuma untuk kelabnya.

Tanpa disangka-sangka, bola sepakan percuma tersebut tersasar melewati bahagian tepi tiang gol belah kiri. Malangnya, bola berkenaan secara tidak sengaja tepat pula mengenai kepala jurugambar terbabit.

Sumber: X @TrollFootball

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.