Siakap Keli
artifak bersejarah uthman affan
Saudi Press Agency

Artifak Bersejarah Ditemui Di Masjid Saidina Uthman Bin Affan, Berusia 1,200 Tahun

Artifak Bersejarah Ditemui Di Masjid Saidina Uthman Bin Affan, Berusia 1,200 Tahun

Arab Saudi berjaya membuat penemuan bersejarah di tapak ekskavasi di Masjid Saidina Uthman Bin Affan, lapor Saudi Gazzete.

Menurut kenyataan daripada Program Daerah Bersejarah Jeddah, penemuan berkenaan merupakan sebahagian daripada fasa pertama projek arkelogi yang dijalankan di bandar berkenaan.

Dalam kenyataan itu lagi, ekskavasi yang dijalankan berjaya merungkai maklumat signifikan berkenaan masjid berkenaan, termasuk pelbagai serpihan artifak, yang sebahagiannya berusia lebih 1,200 tahun.

Masjid berkenaan juga dipercayai menjalani proses ubah suai dan naik taraf berkali-kali dalam sejarah panjangnya.

Sebahagian struktur masjid berkenaan yang lebih moden dipercayai dibina pada kurun ke-14 Hijrah (penghujung kurun ke-20 Masihi).

Artifak bersejarah ditemui di Masjid Saidina Uthman Bin Affan

Manakala struktur-struktur yang lebih berusia dibina selari dengan gaya tradisional masjid-masjid di daerah berkenaan pada zaman tersebut, seperti halaman terbuka yang berhubung dengan ruang solat berbumbung.

Saiz masjid, orientasi dan gaya mihrab kekal tidak berubah dalam tempoh lebih 1,000 tahun.

Menurut arkeologi, perubahan terawal pada masjid berkenaan dikesan melibatkan kawasan lantai dan ketinggian masjid tersebut.

Pada awalnya, kawasan jubin dan plaster tanah liat hingga tiang asal digunakan untuk tempoh sehingga 400 tahun.

Aras lantai kemudian ditinggikan secara berkala dalam beberapa renovasi yang dijalankan, termasuk tiang-tiang yang digunakan semula sehingga awal kurun ke-20 Masihi.

Disamping itu, perubahan ketara yang signifikan pada masjid berkenaan melibatkan pembinaan sistem tangki di bawah bangunan masjid tersebut.

Ahli arkeologi turut menemui tangki yang berisi dengan air bersih, dipercayai tidak disentuh untuk tempoh lebih 800 tahun.

Menurut Program Daerah Bersejarah Jeddah, pembinaan sistem tangki air bawah tanah adalah perkara biasa pada zaman berkenaan.

Hal ini kerana, Jeddah pada zaman tersebut adalah sebuah daerah yang selalu mengalami masalah bekalan air.

Selain itu, pelbagai penemuan artifak dari tamadun lain turut menghiasi sejarah panjang masjid berkenaan yang berusia 1,200 tahun itu.

Antaranya serpihan pinggan mangkuk porcelin Cina daripada kurun ke-11 Hijrah (kurun ke-17 Masihi) dan juga Celadon Cina daripada kurun ke-4-6 Hijrah (kurun ke-11-13 Masihi).

Salah satu penemuan artifak terawal di masjid berkenaan adalah serpihan tembikar dipercayai daripada kurun ke-3-4 Hijrah ( kurun ke-9-10 Masihi).

BACA: Mayat Remaja Ditemui Dalam Parit, Lapan Hari Selepas Hilang

Sumber: Saudi Gazzete

Athirah

When nothing goes right, go left.