Nampak Selesa, Guru Tak Lokek Berhabis Duit Bonus Untuk “Renovate” Kelas
Baru-baru ini, kerajaan telah memberikan bonus yang bernilai kira-kira RM2,000 kepada semua kakitangan kerajaan di seluruh negara.
Menerusi berita ini, pihak guru di sektor kerajaan turut menikmati bayaran bonus ini menjelang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Kebiasaannya, penjawat awam akan menggunakan bayaran bonus ini untuk membayar beberapa komitmen tahunan seperti insurans kereta, cukai dan sebagainya.
Ada juga yang menggunakan kemudahan ini untuk kegunaan belanja bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal menyusul selepas Ramadan. Malah mungkin ada yang menyimpannya saja.
Namun begitu, seorang guru lelaki telah tampil dengan kelainan, menggunakan wang bonus yang diberikan kerajaan untuk menceriakan kelas anak murid di sekolahnya.
Tidak guna duit bonus untuk kegunaan sendiri, guru lelaki laburkan RM2,000 untuk suntik elemen baru pada kelas anak murid
Seorang pengguna X yang dikenali sebagai Kamal Darwin (@DarwinKamal) telah berkongsi pengalamannya menghias bilik darjah di sekolahnya.
Beliau bekerja sebagai guru lelaki di Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi (SKAT4) yang terletak di Johor.
Ketika ditemubual oleh pihak Siakap Keli, guru muda itu berkata dia baru bertugas di sekolah berkenaan selama tiga bulan.
Dalam hantaran di laman X, beliau telah menunjukkan keadaan kelas di bawah tanggungjawabnya, sebelum dan selepas diubahsuai.


Selepas diubahsuai, kelas tersebut telah disuntik dengan elemen minimalis serta kelihatan lebih teratur dan mudah untuk dibersihkan secara berkala.
Terdapat pelbagai pihak yang menjayakan projek ini
Jelas Kamal, pengubahsuaian kelas ini mengambil masa kira-kira seminggu untuk siap secara sepenuhnya. Beliau turut menegaskan bahawa ini bukan hasil kerjanya seorang diri.
Terdapat banyak pihak yang telah merealisasikan misi kelas impian ini seperti ibu bapa, kakitangan pembersihan, guru-guru, pentadbir dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SKAT4.
Kos pengubahsuaian tersebut bernilai lebih daripada RM2,000 dan selebihnya mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak.




Apabila disoal berkenaan penat dan lelah ketika mengusahakan rancangan ini, beliau menjelaskan bahawa tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas sahaja.
“Sebab tugas saya sebagai guru bukan hanya datang sekolah dan mengajar, tetapi menyediakan tempat dan persekitaran yang selesa, ceria serta bersih kepada murid juga adalah satu tanggungjawab,” ujarnya.
Sehubungan itu, jika diberi peluang untuk terlibat dalam rancangan yang serupa, Kamal menyatakan bahawa beliau akan melaksanakan dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.
Bonus 2K pergi Mana?
Meh sini nak bgtau 😂
Ni gambar kelas aku sebelum buat renovation🥲 pic.twitter.com/54GuIykLIr— Kamal Darwin (@DarwinKamal) March 4, 2024
BACA: Puasa Dah Dekat, Ini Senarai Bazar Ramadan Selangor 2024
Sumber: DarwinKamal via X