Mesra Dijaga Pengasuh Berlainan Bangsa, Adik Ni Berkepit Tak Mahu Balik Rumah
Bagai menatang minyak yang penuh, setiap pasangan yang dikurniakan zuriat sudah pasti ingin menjaga dan membesarkan cahaya mata mereka dengan tangan sendiri.
Bagaimanapun, ibu bapa yang bekerjaya sudah tentu ada kekangan yang tersendiri. Apakan daya, tuntutan kerja memaksa mereka meninggalkan anak-anak setiap hari, kerana tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi masa depan anak-anak.
Tiada pilihan lain, mereka terpaksa menghantar anak-anak ke rumah pengasuh supaya kebajikan mereka terjaga sepanjang mereka keluar mencari rezeki.
Apabila dijaga oleh pengasuh yang baik dan bertanggungjawab, lama-kelamaan pasti ada hubungan istimewa terbina antara anak dengan penjaga mereka.
Jadi tak hairanlah, ada anak-anak yang tidak mahu berpisah dengan pengasuh mereka ketika diambil oleh ibu bapa masing-masing setelah pulang daripada tempat kerja.
Adik ni meraung tak mahu balik rumah, nak berkepit dengan pengasuh
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi TikToknya, (@araavaniella) baru-baru ini.
Melalui video berkenaan, terlihat jelas hubungan kasih antaranya anaknya dengan pengasuh, yang merupakan seorang wanita berbangsa India.
Anaknya dilihat berkepit dan tidak mahu berpisah dengan wanita tersebut. Malah, anak kecil itu juga kelihatan selesa berada dalam pangkuan pengasuhnya.
Walaupun sudah diambil oleh si ibu, kanak-kanak berkenaan seolah-olah tidak mahu pulang. Sebaliknya, sempat melambaikan tangan kepada ibu, sebagai isyarat ingin dirinya ditinggalkan.
Di Malaysia, ibu bapa yang menghantar anak untuk dijaga oleh pengasuh berlainan bangsa bukanlah perkara asing lagi. Melihat tingkah laku pengasuh berkenaan dan anak jagaannya itu, terserlah keharmonian dan kemesraan rakyat di negara kita.
BACA: 7 Faktor Perlu Diambil Kira Bagi Menuju Sebuah Keluarga Yang Bahagia
@araavaniella_ dia sorang je xkalah ngan dollar🤣 abang dgn kakak boleh dibeli lagi😂😂 kena siasat ni patti buat apa kt liya ni🤣🤣🤣😂😂😂 kat rumah patti dia lah princess dy lah queen..mau kawan tu xmengelejatt klu jumpa patti
Menjengah ruangan komen video yang mencapai jumlah tontonan hampir 60 ribu itu, ramai yang memuji hubungan erat dan mesra antara pengasuh dan anak jagaan yang tidak memiliki pertalian darah itu.
Rata-rata mengakui teruja melihat keakraban antara kanak-kanak berkenaan dengan pengasuhnya. Malah, mereka juga mengakui tersentuh melihat kemesraan tersebut.
BACA: Azlan Shah Juara Perlumbaan 1 ARRC Thailand, Jentera Hafizh Syahrin Hadapi Masalah
Sumber: TikTok araavaniella