Siakap Keli

Panggilan Semula Sukarela Segera Untuk Kenderaan Audi Yang Dilengkapi Beg Udara Takata

Panggilan Semula Sukarela Segera Untuk Kenderaan Audi Yang Dilengkapi Beg Udara Takata

Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 – PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah mengeluarkan notis pesanan kepada  pemilik Audi untuk segera memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat dengan program panggilan  semula yang sedang dijalankan sekarang. 

Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet dan A5  Sportback yang dihasilkan di antara tahun 2009 dan 2012, di samping model Audi TT dan R8 yang dikilangkan  bermula tahun 21014 hingga 2017 yang mana beg udara Takata dipasang pada bahagian pemandu. Program  ini juga merangkumi beg udara Takata untuk penumpang hadapan pada model Audi A4, A4 Cabriolet dan A6 yang dihasilkan di antara tahun 2005 dan 2011. Setakat ini, tahap penukaran hanyalah 25% iaitu 569 unit  daripada jumlah keseluruhan 2,297.  

kenderaan audi

Menurut maklumat yang disediakan oleh pengeluar Takata, generator gas pada beg udara hadapan Takata  yang terjejas mungkin pecah apabila beg udara diaktifkan semasa kemalangan jika bahan dorong di dalamnya  menunjukkan tanda-tanda dimakan usia berikutan kesan keadaan sekeliling yang ekstrem. Akibatnya, serpihan-serpihan besi daripada gas generator boleh masuk ke dalam kabin dan mendatangkan kecederaan  parah kepada penumpang.  

Justeru, pemilik dinasihatkan supaya memeriksa dan menggantikan beg udara itu secepat mungkin di pusat  servis Audi bagi memastikan kenderaan dapat berfungsi pada standard keselamatan terbaik. Bergantung  kepada pemasangan beg udara Takata dan model kereta, komponen bahan dorong atau modul penuh pemacu  beg udara terbabit perlu diganti tanpa sebarang kos. Sebagai tanda penghargaan, para pemilik akan menerima  pemeriksaan 20 poin secara percuma.  

Pelanggan boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat di laman web Audi dengan memasukkan  Nombor Pengenalan Kenderaan (Vehicle Identification Number, VIN) yang boleh didapati pada bahagian  bawah kiri cermin utama.  

Selain itu, pemilik boleh menghubungi Audi Customer Service di talian 1-800-22-2834, emel ke  [email protected] atau kunjungi mana-mana Audi Centre terdekat dan dapatkan temu janji untuk  pemeriksaan percuma dan penggantian jika perlu.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.