Siakap Keli
masjid tiban masjid jin
Gambar: Muhammad Aminudin & Adi Moh Rizal

Betul Ke Masjid Tiban Dibina Dengan Bantuan Jin?

Betul Ke Masjid Tiban Dibina Dengan Bantuan Jin?

Masjid merupakan rumah Allah SWT dan menjadi tempat seluruh umat Islam melakukan ibadat serta lain-lain. Setiap bentuk binaan masjid adalah berbeza-beza termasuk mempunyai keunikan yang tersendiri.

Ia termasuk Masjid Tiban yang terletak di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Kenapa masjid ini dikatakan unik?

Difahamkan masjid ini terkenal dengan gelaran Masjid Jin atau Masjid Ajaib kerana dipercayai siap dibina hanya dalam satu malam sahaja.

Gelaran tersebut diberikan kerana terkait dengan mitos yang tersebar dalam kalangan masyarakat berkenaan dengan waktu masjid itu siap.

Jadi, apakah kebenaran di sebalik mitos tersebut? Adakah ia hanya sekadar cakap-cakap tanpa bukti yang kukuh atau memiliki kebenaran di sebaliknya?

Mari ketahuinya di bawah ini.

Masjid Tiban, Malang

Gambar: Kumpuran via Adi Moh Rizal

Menurut Kompas, ‘Tiban”  berasal daripada perkataan “Tiba” yang membawa maksud “jatuh” dalam bahasa Jawa.

Berdasarkan mitos, masjid ini diibaratkan seperti jatuh kerana tiba-tiba muncul di tengah-tengah masyarakat.

Berkeluasan lapan hektar, masjid ini pada awalnya merupakan sebuah Sekolah Pondok Salafianh Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah atau disebut Bi Ba’a Fadlrah.

Pada mulanya, lokasi sekolah pondok adalah kompleks kediaman Ayahanda Kiai Ahmad. Sekolah pondok ini kemudiannya mula diasaskan oleh Ayahanda Kiai Ahmad pada tahun 1963.

Ia mula dibina pada tahun 1987 dan berterusan hingga tahun 1992. Bagaimanapun, projek ini diteruskan menjadi projek pembinaan sebuah masjid yang melibatkan golongan pelajar.

Gambar: Muhammad Aminudin

BACA: Kisah Kanako: Hilang Telefon, Temui Islam 

Keseluruhan proses pembinaan, dari sudut membuat batu-bata, hiasan masjid, hingga membancuh simen dilakukan secara manual oleh pelajar.

Disebabkan ia dibina sendiri oleh penghuni sekolah pondok, membuatkan masyarakat setempat tidak melihat sebarang aktiviti pembinaan tersebut.

Reka Bentuk Masjid Tiban

Gambar: Muhammad Aminudin

Masjid Tiban Malang tergolong sebagai masjid yang tersergam indah. Seni bina Masjid Tiban Malang berkonsepkan gabungan seni bina Timur Tengah, India dan Cina.

Gabungan tiga konsep seni bina ini menjadikan rupa bentuknya tidak seperti sebuah masjid. Ruang utama ini mempunyai keluasan 1.5 hektar dan terdapat taman yang luas serta kolam ikan.

Bahagian permukaan dinding masjid dipenuhi dengan warna biru dan putih ditambah sentuhan kaligrafi menjadikan masjid ini tampak indak dan tenang.

Bangunan utamanya mempunyai 10 tingkat dengan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang tersendiri.

masjid tiban masjid jin
Gambar: Muhammad Aminudin

Bermula dari tingkat 1 hingga 4, ruangan ini digunakan sebagai tempat ibadat dan aktiviti harian murid-murid. Manakala tingkat 5 dan 6 pula dijadikan sebagai bilik keluarga.

Tingkat 7 dan 8 digunakan untuk kedai menjual keperluan pelajar. Ruangan ini diuruskan oleh pelajar perempuan. Sementara tingkat 9 masih belum siap sepenuhnya. Tingkat 10 pula berfungsi sebagai ‘roof top’.

Pengunjung yang ingin mengakses setiap tingkat boleh menggunakan lif atau tangga.

Betul ke Masjid Tabin dibina oleh jin?

masjid tiban masjid jin
Gambar: Muhammad Aminudin

Seperti yang diketahui, Masjid Tabin ini penuh dengan mitos yang mendakwa ia dibina oleh Jin hanya dalam satu malam.

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak pengurusan masjid. Ini kerana pihaknya menjelaskan projek pembinaan itu dijalankan secara telus termasuk penggunaan alat tradisional.

Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid tersebut turut mengambil inisiatif memasang ‘banner’ bagi menafikan mitos itu di masjid berkenaan.

Proses pembinaan masjid itu hanya melibatkan pelajar dan penduduk setempat dan ia menjadi antara punca tidak ramai yang mengetahui projek tersebut.

“Kalau ada orang kata masjid ini dibina oleh jin, itu tidak benar.

“Sebab bangunan ini adalah Sekolah Pondok Bihaaru Asali Fadlaailir Rahmah Salafiyah (Masjid Tiban) yang dibina dengan kudrat pelajar dan jemaah penduduk setempat,” katanya.

Perkara itu dibuktikan menerusi pembiayaan pembinaan Masjid Tiban yang dilakukan sendiri hasil sumbangan jemaah tanpa dana luar, menurut laman Pusat Islam Jakarta.

Sumber: Kompas.com, Detik Travel

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: