Siakap Keli
Gambar : BERNAMA

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2023

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan  peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan  dikeluarkan pada 26 Mac 2024 (Selasa). Seramai 4,058 orang calon  telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023  di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.  

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM  Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan  akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi  jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk  menduduki peperiksaan. 

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh  membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:  

  • Secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun  2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 26 Mac 2024 sehingga pukul  6:00 petang pada 01 April 2024; dan/atau 
  • Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan  ringkasan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 dengan  menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar  ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi  pada 26 Mac 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 01 April 2024.

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan  peperiksaan STAM Tahun 2023.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.