Siakap Keli
Gsc klang tutup
Gambar: Capital Land

GSC Klang Parade Mall, GSC Heritage Mall Kota Tinggi Tutup Secara Kekal Bermula 1 April

GSC Klang Parade Mall, GSC Heritage Mall Kota Tinggi Tutup Secara Kekal Bermula 1 April

Golden Screen Cinemas (GSC) Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan operasi cawangannya di Klang Parade Mall dan Heritage Mall Kota Tinggi akan dihentikan operasi secara kekal bermula 1 April 2024.

Difahamkan, kedua-dua cawangan tersebut bakal beroperasi sehingga 31 Mac ini, untuk memaparkan tayangan terakhir.

“Dimaklumkan bahawa GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi akan menayangkan tayangan filem terakhir mereka pada 31 Mac 2024 dan akan tamat secara rasmi pada 1 April 2024.

“Ia merupakan perjalanan yang luar biasa dan kami berbesar hati untuk melayani anda. Kami tidak dapat membalas rasa terima kasih yang cukup atas sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi anda selama ini.

BACA: GSC 3 Damansara Henti Operasi, Ditutup Secara Kekal Bermula 18 Mac Ini

Bagaimanapun, GSC memaklumkan para pelanggan boleh pergi ke pawagam berhampiran sebagai alternatif lain di Setia City Mall dan IOI Mall Kulai.

“Sebagai penutup di GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall, cerita ini belum berakhir, singgah ke cawangan terdekat kami, untuk menonton filem anda yang seterusnya.

“Terima kasih sekali lagi kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada perjalanan filem anda. Kami berharap dapat mengalu-alukan anda sekali lagi tidak lama lagi!

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/pfbid02MixqCXxwjsDnD5y7HmaWbmpzx5Xt36bX2LPatY4yW8vrQXg6k3JNUyM4RJBwkaFdl

Sumber: FB GSC

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.