Malas Berhimpit Beli Baju Raya? Ini Cara Paling Selesa, Lengkap Sepasang Siap Aksesori
Sekiranya ditanya soalan kepada rakyat di negara ini berkenaan ‘maksud Hari Raya’ bagi mereka, pasti pelbagai aneka jawapan yang akan dikeluarkan dari mulut kecil dan sudah tentu ia membawa seribu makna yang tersurat.
Apabila mengenang kembali situasi sebelum ditemukan dengan pagi raya, semestinya banyak pengalaman menarik terjadi, termasuk pengalaman pahit.
Perkara itu termasuk baju raya tidak sama warna, salah beli saiz kerana tak dapat nak cuba sebelum beli, berhimpit-himpit dengan orang ramai dan sebagainya.
Belum dicampur lagi dengan terpaksa meredah panas dalam keadaan dahaga ketika berpuasa semata-mata mencari sehelai baju raya.
Jadi bagi mengelakkan sejarah itu berulang lagi, rata-rata rakyat di negara ini telah mengambil inisiatif untuk membeli beberapa bulan awal sebelum tibanya bulan Syawal.
Walaupun baru sahaja menjengah ke bulan Ramadan, tetapi banyak koleksi raya telah dikeluarkan dan memang tidak dinafikan semuanya cantik-cantik belaka.
Beli dekat Mydin je, harga berpatutan kualiti pakaian pun nice!
Kalau korang suka shopping baju raya yang menawarkan set pemakaian lengkap daripada head to toe, min ada satu kedai nak dicadangkan dan kedai tersebut sememangnya ada di mana-mana, paling penting dekat dengan rumah!
Kedai tersebut tak lain dan tak bukan adalah Mydin. Sekarang Mydin ada banyak koleksi terbaru, terutamanya baju raya yang sealiran dengan trend semasa seperti warna pilihan tahunan dan design pada waktu kini.
Kempen Happening Raya pikat hati rakyat
Pada tahun ini, Mydin tampil memperkenalkan ‘Happening Raya’ yang menawarkan pelbagai produk yang menarik, berkualiti dan paling penting harga berpatutan yang boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat.
Tak rugi singgah Mydin sebab premis tersebut mengeluarkan set pakaian family dan anda tidak perlu bersusah payah untuk berhenti di banyak kedai kerana hanya di Mydin sahaja korang dah boleh dapatkan pakaian untuk seisi keluarga, lengkap dengan sepasang aksesori pula tu.
Namakan sahaja warna baju yang anda mahu, aksesori seperti songkok, tudung, sampin, selendang, butang baju melayu, pin tudung dan lain-lain pasti akan jumpa.
Untuk pengetahuan, kempen tersebut berlangsung bermula 7 Mac hingga 11 Mei ini di semua cawangan Mydin.
Jadi kalau korang nak dapatkan keperluan raya boleh sahaja menuju ke Mydin berhampiran.
Lebih menarik, kempen tersebut bukan sahaja melibatkan pakaian raya tetapi ia meliputi semua produk di gedung tersebut. Malah, mereka turut mengadakan promosi mingguan bagi barang keperluan harian.
Bermula dari produk makanan sehinggalah barangan keperluan Aidilfitri dan pakaian, Mydin menawarkannya dengan harga mampu milik untuk meringankan beban orang ramai.
Walaupun harga berpatutan namun kualiti pakaiannya setanding dengan tempat-tempat lain. Jadi apa anda tunggu lagi, singgah Mydin berdekatan rumah anda untuk lihat Happening Raya atau layari laman web di sini.